Apple tersenarai 5 jenama paling bernilai di dunia

Apple
Apple

WALAUPUN Apple mengalami penurunan keuntungan tahun ini sejak 13 tahun , namun ia bukan penghalang untuk dinamakan sebagai jenama paling bernilai.
Forbes mengeluarkan senarai tahunan bagi lima jenama yang bernilai dan kesemuanya didominasi oleh syarikat teknologi.
Menyusul selepas Apple, ialah Google, Microsoft, Coca Cola dan Facebook.
Walaupun bergelut jualan iPhone yang membawa kepada kejatuhan dalam pendapatan, Apple disenaraikan masih bernilai $154 billion (RM615b) 106billion) - hampir dua kali ganda daripada Google iaitu $82.5 billion (RM 33.1b).
Syarikat-syarikat teknologi lain yang turut tersenarai ialah IBM, Samsung dan Amazon.
Sementara itu, Pensyarah pemasaran dan pakar penjenamaan, Wharton School, Universiti Pennsylvania, David Reibstein memberitahu Forbes, jenama memberi nilai kepada syarikat yang diperoleh dari bagaimana pelanggan melihat mereka.
"Apa yang menjadikannya berharga dari perspektif syarikat adalah pelanggan sanggup membayar harga yang lebih tinggi atau lebih cenderung untuk membeli.' katanya dipetik Metro.UK

0 comment... add one now