Apple Inc. umum labur RM4 bilion bisnes sewa kereta di China


Didi



Susulan dua perkhidmatan atas taliannya disekat pemerintah China baru-baru ini, gergasi ICT antarabangsa Apple Inc. terpaksa menceburi bidang baharu – perniagaan tempahan kereta sewa di negara itu.

Malah ia mengumumkan pelaburan AS$1 bilion (RM4 bilion) dalam khidmat tempahan kenderaan terkenal Didi Chuxing, sebagai usaha Apple untuk merancakkan semula penjualan di China, pasaran kedua terbesar syarikat itu.
Perkara agak pelik tersebut disifatkan oleh Ketua Eksekutif Apple Inc. 

Tim Cook sebagai satu langkah yang akan membantu syarikat itu untuk memahami dengan lebih mendalam tentang misteri pasaran perniagaan di China. Apple baru-baru ini semakin tertekan selepas perkhidmatan buku dan filemonlinenya diarah ditutup oleh pihak penguatkuasaan China dan Cook dijadual terpaksa melakukan lawatan ke negara itu bulan ini ekoran isu tersebut.

Pelaburan besar berkenaan memberi peluang kepada Apple Inc. yang menggajikan berpuluh-puluh pakar kenderaan sejak sepanjang tahun lalu, untuk mengukuhkan lagi pegangan sahamnya dalam syarikat tempatan Didi Chunxing.

Diasaskan pada 2012 lalu dengan nama asalnya Didi Kuaidi merupakan pesaing utama operator kereta sewa antarabangsa dari Amerika Syarikat, Uber Technologies Inc. yang beroperasi di 100 bandar raya seluruh China.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, Cook berkata beliau melihat banyak peluang kerjasama antara Apple Inc. dengan Didi Chuxing pada masa akan datang yang kini memiliki 1.35 juta pemandu di 360 bandar raya China.

Menerusi satu kenyataan, Didi Chuxing menyatakan bahawa pembiayaan dana Apple Inc. itu adalah pelaburan paling besar pernah diterimanya setakat ini dan nilai semasa syarikat itu kini ialah AS$20 bilion (RM80 bilion).

Didi Chuxing yang sebelum ini berjaya mengumpul berbilion-bilion dolar, menguasai pasaran perkongsian kenderaan di China dengan mengangkut 150 juta penumpang sehari dan menerima 4 juta panggilan setiap hari.

Menurut syarikat tersebut lagi, ia melakukan lebih 11 juta perjalanan sehari, dengan lebih 87 peratus daripada pasaran mereka adalah bagi perkhidmatan tempahan kereta sewa di China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

0 comment... add one now