Apakah perbezaan ROM vs RAM patut anda tahu?

Pada zaman sekarang, semua orang sudah terdedah dengan teknologi, terutama kepada komputer dan telefon pintar (smartphone).
Memandangkan komputer dan smartphone tersebut datang dalam pelbagai jenis dan harga, semestinya ada perbezaan. Hari ini kita akan lihat apakah perbezaan di antara ROM dan RAM.
Kedua-dua istilah tersebut sudah tidak asing lagi bagi anak-anak muda, kebanyakan daripada mereka hanya mengetahui bahawa semakin tinggi ROM dan RAM, semakin baik peranti tersebut. Dan kebanyakan daripada kita tidak tahu apakah perbezaannya.
Artikel kali ini akan membincangkan apakah perbezaan di antara ROM dan RAM.

Perbezaan ROM dan RAM – Sepintas Lalu

Read-only memory, ataupun dikenali sebagai ROM merupakan satu bentuk penyimpanan data di dalam komputer dan peranti elektronik yang lain. Data ini tidak boleh diubah dengan sewenang-wenangnya atau diprogram kembali. Data yang disimpan di dalam ROM adalah bersifat kekal, membawa maksud data tersebut tidak akan hilang walaupun anda sudah matikan/reboot peranti anda.
Manakala, Random-access memory, ataupun RAM merupakan sejenis bentuk penyimpanan data yang boleh diakses pada bila-bila masa sahaja, tidak kira urutan mahupun peranti yang menyimpan data tersebut. RAM bersifat sementara, dan digunakan untuk membantu sistem operasi dengan mengurangkan jangka masa untuk sesuatu maklumat sampai ke prosesor.
RAM diukur dalam megabyte dan kelajuan bacaannya diukur dalam nanosecond. Tambahan lagi, RAM boleh dibaca dengan kadar yang lebih laju berbanding dengan ROM.

Perbezaan RAM dan ROM

i. Definisi
Random Access Memory atau RAM adalah sejenis bentuk penyimpanan data yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan prosesor memproses data dengan kadar yang lebih cepat.
Read-only Memory atau ROM pula merujuk kepada bentuk penyimpanan data yang tidak boleh diubah atau diprogram kembali.
ii. Kegunaan
RAM membenarkan komputer manipulasi data dengan kadar yang lebih laju, terutama semasa untuk melancarkan software atau aplikasi. Ia membenarkan reading dan writing.
ROM pula, statik. Ia hanya diperlukan semasa komputer boot dan hanya terhad kepada reading, tidak boleh writing.
iii. Volatility
RAM adalah volatile, membawa maksud data yang disimpan dan digunakan oleh sistem akan hilang sebaik sahaja sistem kita reboot.
ROM non-volatile, membawa maksud semua data yang kita simpan tidak akan hilang walaupun kita reboot.
iv. Jenis-Jenis
RAM mempunyai dua jenis iaitu: RAM statik dan RAM dinamik.
ROM mempuyai tiga jenis iaitu: PROM, EPROM dan EEPROM.
v. Contoh
RAM datang dalam bentuk cip atau kad. Cip terdapat dalam smartphone, manakala kad biasanya untuk komputer dan laptop.
ROM datang dalam jenis penyimpanan kekal seperti hard disk, pendrive, cd-rom, dvd-rom dan sebagainya.

Video Tambahan Tentang RAM vs ROM

Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, sila lihat video penerangan oleh Linus di bawah:

Kesimpulan

Secara ringkas, harap persoalan anda terjawab tentang RAM vs ROM, terutama dari sudut perbezaan dan kegunaan.
Kedua-dua jenis memori ini sangat penting untuk peranti elektronik yang anda guna untuk membawa artikel ini.
Sekiranya anda mendapati artikel ini berinformasi, janganlah segan-segan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda di media sosial.

0 comment... add one now