Apa yang menarik tentang si tangan kidal?

031588700_1426685736-lh_4
Ada tak di antara korang yang bertangan kidal? Contohnya yang jenis menulis dengan tangan kiri? Bukan nak kata apa lah kan, tapi siapa-siapa yang bertangan kidal ni memang sangat unik! 
Haaa korang tahu tak apa yang menariknya tentang si tangan kidal ni? Apa kata kita baca sama-sama jom! 
  1. Selalunya lelaki akan dua kali lebih cenderung bertangan kidal berbanding wanita.
  2. Si tangan kidal lebih berpotensi menjadi genius. Kalau korang nak tahu, 20% dari anggota organisasi MENSA mempunyai IQ yang paling tinggi di dunia dan yang paling mengujakan mereka tu semua yang bertangan kidal! Pergh!
  3. Kalau kedua-dua ibu bapa korang bertangan kidal, kemungkinan besar 50% keturunan mereka akan jadi kidal juga. Kalau tak, hanya 2% saja yang akan kidal.
  4. Orang yang bertangan kidal dapat bertindak balas terhadap rangsangan dengan lebih baik sebab tu kebanyakan orang kidal ni hebat bila main game.
  5. Semakin meningkat usia seorang ibu itu melahirkan anak, haaa berkemungkinan besar anak itu akan kidal.
  6. 4/5 pereka komputer jenama Mac ni sebenarnya kidal!
  7. Menurut kajian, orang kidal hidupnya lebih pendek berbanding dengan yang tak kidal.
  8. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, orang kidal mampu menyokong sisi kiri tubuhnya untuk semua aktiviti-aktiviti fizikal, lebih mahir selesaikan masalah dan mempunyai IQ lebih tinggi dari orang yang aktif berbanding dengan si tangan kanan.
- See more at: http://www.suriafm.com.my/menariknya-si-tangan-kidal/#sthash.6cAJz0S5.dpuf

0 comment... add one now