Apa pandangan anda, logo baharu Instagram, konsep warna hitam putih?

INSTAGRAM, salah satu aplikasi paling digemari ramai di seluruh dunia telah membuat perubahan besar dengan memperkenalkan logo dan antaramuka baharu mereka hari ini.

Menerusi logo baharu, kini ia dilihat lebih menerapkan ciri-ciri lebih ‘feminin’ di mana konsep kamera polaroid berwarna coklat telah digantikan dengan jaluran yang lebih bewarna ungu, jingga, sedikit merah.
ikonn ig2
Sumber: usatoday
Turut menerima perubahan adalah antaramuka, kini Instagram menggunakan konsep yang lebih minimalis iaitu penggunaan warna hitam dan putih.
Ia sekali gus membolehkan para pengguna memfokuskan kepada gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan.
tumblr_inline_o6za6rPpyd1qm4rc3_540
Aplikasi lain bawaan mereka turut mengalami perubahan seperti Layout,Boomerang dan Hyperlapse.
ikonn ig
Bercakap mengenai perubahan drastik ini, Instagram mengatakan konsep baharu yang dibawakan mereka adalah lebih ‘bersahaja’ dan ingin kelihatan ringkas.
Menurut mereka, kesan daripada perubahan logo ini turut membuatkan kadar populariti aplikasi meningkat lebih-lebih lagi apabila ramai pengikut cuba membuat perbanding dengan logo sebelum ini.
Bagaimanapun, pengguna Internet seakan tidak dapat menerima perubahan baharu itu di mana pelbagai reaksi beserta ‘memes’ dihasilkan dari pengguna bagi menggambarkan logo tersebut.
Rata-rata netizen menggangap logo baharu itu terlampau ‘mudah’ dan tidak praktikal.
Serta tidak kurang juga mengaitkan rekaan warna yang digunakan untuk mencipta logo tersebut dengan hanya menggunakan Microsoft Powerpoint.
maxresdefault
Sementara itu, tinjauan kami mendapati ramai netizen mengatakan; “Tidak boleh kah logo Instagram diubah ke pada asal?,” di akaun rasmi halaman mereka.
Bagaimana, apa pandangan anda mengenai perubahan ini?
Kredit -mynewshub

0 comment... add one now