Apa itu handphone ORI SET, AP SET & UNDERWATER SET anda patut tahu!

Terdapat tiga jenis pengedaran handphone terdapat di pasaran Malaysia dan bukannya tiga jenama handphone, iaitu:

Original Authorised Set ataupun AP Set (Diimport secara sah)
Underwater Set (Handphone seludup)
Original Authorised Set (ORI)

Image result for beza telefon ori dan ap

Apa itu handphone ORI SET, AP SET & UNDERWATER SET?

Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, Sony dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga.

Cari sahaja cawangan NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri-negeri seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan apabila telefon masuk air pun!

Berikut adalah contoh senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:

NOKIA – Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
SAMSUNG – FMG (Sole Distributor)
Motorola – FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART

Ini antara Syarikat yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set. Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Nokia atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.

Image result for beza telefon ori dan ap

AP Set?
Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.


Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG  atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Terutama apabila telefon mempunyai masalah sehingga Charger dengan bateri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan yang original daripada kilang telefon itu sendiri.

Underwater Set Pula?
Underwater set ialah handphone yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh penjual sahaja. Ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.

Antara AP dan Underwater ini kadang-kadang saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda periksa di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang-kurangnya AP.

Jadi, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.

BAGAIMANA NAK CAM???
Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:
Anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.

Kedua:
anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.

Ketiga:
No Siri telefon: IMEI di belakang battery handphone itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.

RUMUSAN

Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan baru bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual-penjual di kedai telefon bimbit. Sekurang-kurangnya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.


Credit: Ahmad Sufyan Che Abdullah

0 comment... add one now