Anggota Polis Bantu OKU Tanpa Kaki Pulang Tarik Perhatian Ramai Di Media Sosial

image (2)

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan seorang anggota polis sedang membantu seorang lelaki kurang upaya (OKU) pulang kini tersebar menerusi laman sosial.
Menerusi gambar itu, lelaki OKU tanpa kedua-dua kaki dan tangan kiti itu dilihat membonceng motosikal bersama seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan.
Tindakan murni anggota polis yang dikenali sebagai Koperal Ropi daripada Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur itu sekali gus mendapat pujian ramai.
Insiden itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menzahirkan rasa gembiranya dengan pertolongan yang dihulurkan  oleh Koperal Ropi.
“Syabas Koperal Ropi dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal kerana membantu seorang lelaki kurang upaya membonceng motosikal beliau semasa sedang membuat rondaan,” tulisnya.
Sementara itu, Koperal Ropi mengakui tidak menyangka insiden itu menjadi viral.
Menurut Koperal Ropi, dia bertemu lelaki itu semasa membuat rondaan di Jalan Tun Mohd Fuad 1 pada pukul 8 malam Ahad.


“Saya bimbang kereta mungkin tidak dapat melihatnya kerana hari sudah gelap, jadi saya menawarkan diri untuk menghantarnya ke stesen bas terdekat,” katanya kepada akhbar Sin Chew Daily. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now