Amar Baharin tampil jelaskan rakaman video dengan Tiz Zaqyah hanyalah lakonan semata-mata

maxresdefault
Minggu lepas kecoh di media sosial tentang rakaman video yang menunjukkan Tiz Zaqyah yang diperkosa oleh Amar Baharin menerusi drama Akadku Yang Terakhir sehingga menjadi viral dan mencetuskan kritikan  kerana ia menyentuh sensitiviti penonton. 
Disebabkan isu itu, Amar telah tampil untuk meminta agar penonton tidak terlalu serius kerana ia hanyalah lakonan semata-mata. Jom kita baca penjelasan Amar melalui ruangan akhbar tempatan baru-baru ini tentang isu yang tengah hangat antara beliau dan Tiq Zaqyah.
“Pada asalnya, pengarah drama tersebut iaitu Amie Maziah ingin memuat naik rakaman video terbabit hanya sekadar promosi drama di Instagram. Tidak disangka, ia akan dikongsi ramai sehingga menjadi viral. Saya tidak faham apabila babak rogol yang lebih menjurus kepada lakonan dan kami masih lagi lengkap berbaju boleh dianggap lucah. Saya pelik mengapa ia dipertikai sedangkan semua tahu itu hanya lakonan semata-mata? Pengarah sengaja memuat naik setiap penggambaran babak bagi mempromosikan karyanya. Saya terkejut mengapa hanya babak itu yang menjadi bualan sedangkan video lain langsung tidak dijadikan isu.”
Amar terkilan dengan sikap sesetengah penonton yang terlalu menilai dari sudut negatif sedangkan dalam scene itu tidak ada langsung part yang menghairahkan antara mereka. Tambah Amar lagi, scene itu hanya dimuat naik untuk promosi dan tidak disiarkan di televisyen kerana sudah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Walau apapun komen Amar, diharapkan agar Amar ambil segala kritikan itu sebagai batu loncatan. Amar juga kena tahu bahawa drama yang dilakonkan olehnya juga ditonton oleh kanak-kanak bawah usia. 
Sumber :rotikaya

0 comment... add one now