Akhirnya terbongkar misteri wanita bertudung berniaga nasi daging khinzir!


Misteri gambar seorang wanita bertudung berniaga nasi daging khinzir yang viral di Internet akhirnya terbongkar.
Gambar berkenaan pada mulanya dianggap palsu, tetapi seorang pengguna Facebook Hanny Kristianto mendakwa dia bertemu dengan wanita bertudung itu.
Katanya, wanita bertudung itu berniaga nasi daging khinzir di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.
Gerai berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua gereja berhampiran pasar raya itu.
Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu gerai berkenaan menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.
Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam bukan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.
Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. –Agensi/myMetro Online

0 comment... add one now