Akhirnya, Datuk Aznil Nawawi dedah rahsia awet muda

Akhirnya, Aznil Nawawi dedah rahsia awet muda

PENGACARA nombor satu negara Datuk Aznil Hj Nawawi melancarkan produk penjagaan wajah dengan jenama Anell by Aznil Nawawi.

Di majlis pelancaran produk tersebut, Aznil, 54 turut mengumumkan harga pengenalan produk tersebut pada harga RM199.

Produk tersebut terdiri daripada sabun pencuci muka, penyegar, krim pelembab siang dan malam, jelas Aznil yang memiliki 40 peratus pemilikan dalam penghasilan produk tersebut.

Jelas Aznil, idea untuk menghasilkan produk tersebut terilham setelah ramai peminatnya yang bertanyakan akan rahsia awet muda dan rutin penjagaan muka beliau.

"Rutin penjagaan 4 proses itu memang sudah lama saya amalkan cuma sejak dua tahun kebelakangan ini saya baru menemui rumusan yang sangat berkesan."

Tambahnya lagi, "Dijanjikan harga produk ini akan kekal dalam lingkungan RM199 sahaja kerana saya menghargai peminat yang sentiasa menyokong apa sahaja yang saya lakukan dan agak mustahil untuk dapatkan pada harga yang lebih mahal."

Kelebihan produk Anell ini ia dapat mencerahkan warna kulit wajah, mengatasi masalah kulit wajah, mengembalikan keanjalan kulit dan melewatkan proses penuaan.

Produk mampu milik ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dan boleh diperolehi menerusi stokis-stokis yang dilantik di seluruh negara mulai 1 Jun ini.

Sementara itu, pengacara popular negara itu masih meneruskan perbincangan untuk melebarkan sayapnya ke Hollywood.

Peluang untuk bersama E! News merupakan titik tolak kepada pengacara itu untuk melangkahkan kakinya ke dunia Hollywood yang lebih mencabar.
"Saya perlu menerapkan syarat-syarat yang sesuai dengan kedudukan saya kerana tidak mahu memulakannya semula dari bawah." jelas Aznil.

Tambahnya lagi, "Mereka sepatutnya menghargai pengalaman lebih 20 tahun yang saya miliki sebelum saya membuat keputusan untuk membuka peluang saya di sana."

0 comment... add one now