Aiskrim 'Obama kecil' satu lagi trend menghina

Moscow – Sebuah syarikat Russia mencetuskan kemarahan pegawai Amerika Syarikat apabila cuba meraih keuntungan daripada hubungan keruh antara Moscow dan Washington dengan menjual aiskrim yang dinamakan ‘Obama Kecil.’
Produk itu, ‘Obamka’ dalam bahasa Russia, berlapiskan coklat dan mempunyai imej seorang budak Afrika yang memakai anting-anting tersenyum sambil memegang aiskrim pada bungkusannya.
Dengan hubungan berada pada tahap paling rendah selepas campur tangan Russia di Ukraine dan Syrria, media di negara itu dan aktivis Kremlin sering memperolok-olokkan Presiden Barack Obama yang disifatkan pegawai Amerika Syarikat sebagai menghina dan rasis.
Bagaimanapun, syarikat terbabit, Slavitsa, dalam kenyataannya berkata, ia sebahagian daripada usaha untuk menggambarkan karakter kanak-kanak. .
“Bagi mereka yang suka berimaginasi, pelbagai tafsiran boleh timbul. Aiskrim ini tidak ada kena mengena dengan politik,” kata syarikat itu.
Seorang pegawai Amerika yang enggan namanya didedahkan berkata, dia melihat aiskrim itu sebagai satu lagi trend menghina. – AFP/myMetro Online

0 comment... add one now