Adegan panas Amar Baharin naik atas badan Tiz Zaqyah jadi viral, adakah ini 'camera trick'?

Tentu anda semua tahu dengan drama Akadku Yang Terakhir lakonan Amar Baharin dan Tiz Zaqyah yang tengah hangat sekarang.
Kata penonton,  lakonan mereka berdua cukup mantap dan boleh membuat mereka menitiskan air mata. Setiap kali besiaran pasti ia trending di Twitter.
Namun, sejak semalam satu adegan panas dimana babak watak Irham Zahri lakonan Amar merogol Ranie Baheera lakonan Tiz mendapat perhatian ramai.
Malah, video babak panas itu menjadi viral di media sosial.
Beberapa pihak agak terkejut melihat aksi tersebut dan mempersoalkan adakah tidak timbul sedikit pun nafsu dikalangan pelakon. Ada pula yang berpendapat, drama tempatan sudah mula berani menampilkan aksi sebegini untuk tontonan umum.
Erm, sebenarnya mungkin ia cara untuk seseorang pengarah menghidupkan lagi jalan cerita dan lakonan. Fikir positif mungkin itu “camera trick” je kot.
Sumber - beautifulnara 

0 comment... add one now