Adakah model Kenari baru generasi ke-2 tahun 2016?



Model Kenari Baru Generasi ke-2 Akan Muncul: Perodua hilang dari sebarang khabar berita tentang model baru mereka sejak kecoh seketika sehingga kini masih tiada informasi terkininya.
Namun umpama satu berita menarik untuk dikongsikan bersama anda. Adakah Perodua membuat perancangan untuk mengeluarkan model terbaru Kenari!?
Perodua Kenari yang dikeluarkan pada tahun 2000~2009 dan sejak itu tiada lagi model yang lain. Ia merupakan sebuah kereta kecil yang mempunyai ruang yang amat selesa dengan cermin yang luas serta tinggi telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan.
Malah sehingga kini model Kenari ini terus diguna pakai dan diyakini berbaloi akan ketahanan, keselesaan serta kurang bermasalah sehinggakan ia masih mempunya nilai dipasaran kereta terpakai.
Rebadge Model
Untuk makluman anda, Perodua Kenari adalah model rebadge Daihatsu Move (Generasi Pertama) dan Daihatsu Move Custom merupakan generasi ke-enam model tersebut.
Adakah Perodua akan menghidupkan kembali model Kenari (Generasi ke-2) dengan menggunakan model Daihatsu Move Custom ini?
Ianya masih tidak dapat dipastikan dan jika benar… Ia merupakan sesuatu yang amat mengujakan bagi peminat-peminat kereta K-Kar ini.
Disember 2014, tampil dengan reka bentuk berkotak namun mempunyai gaya rekaan yang agak menarik, malah ada yang menyamakan model ini sebagai baby Alphard, merujuk kepada model MPV popular Toyota Alphard. Jadi adakah anda kini juga berpendapat bahawa Perodua Kenari 2016 serba baharu akan muncul di pasaran tidak lama lagi? Tetapi Anggaran harga masih belum diketahui.
perodua-kenari-render-blue-1-630x366
peroduakenari3
Gambar & Spesifikasi Daihatsu Move Custom (All New Kenari)
Enjin:
658 cc (tiga silinder) berkuasa 52 PS (6,800 rpm) dan 60 Nm (5,200 rpm)
658 cc (tiga silinder turbo) berkuasa 64 PS (6,400 rpm) 92 Nm (5,200 rpm)
Transmisi:
5 Kelajuan (CVT) dengan dua pilihan, pacuan 2 roda atau 4 roda
Rekabentuk Move Custom ini kelihatan sangat menarik. Luarannya kini kelihatan seperti sebuah MPV dengan saiz mini. Identiti lampu belakang yang memanjang juga dikekalkan tetapi dengan rekaan yang lebih menawan.
Rekaan dalaman juga kemas dan moden! Penggunaan material dan warna membuatkan ia kelihatan mewah. Paling menonjol adalah keluasan ruang dengan bumbung yang tinggi sangat selesa dan menyeronokkan jika berada dalam kereta ini.

0 comment... add one now