8 Pantang larang elak kulit muka jerawat & berminyak

hydrated-skin-750x563
Alamak kulit berminyak?! Jerawat?! Stress kan?! Sesiapa yang mempunyai kulit berminyak ini berpotensi tinggi untuk mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada, jerawat dan kulit berminyak boleh di atasi tau!
Jom kita usha apa tabiat tabiat buruk yang selalu korang lakukan sama ada sedar atau tidak. Ini antara 8 pantang larang yang mesti korang patuhi. 
  • Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang mengamalkannya dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara ini salah sebab ia akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Cuci muka dua kali sehari sudah mencukupi uolls! Pagi sekali dan sebelum tidur. 
  • Menyental kulit dengan lulur terlalu kerap
Untuk pengetahuan korang menggunakan lulur yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk oleh sebab keradangan kulit. Sebetulnya ialah lulur dilakukan 1 hingga 3 kali seminggu, menggunakan lulur yang halus teksturnya, diurut lembut ke muka dan bilas dengan air suam. Wah dah macam dekat spa! Hehehe
  • Tidak membersihkan peluh
Walau penat bekerja atau membuat aktiviti berat, ingat jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan terus mandi, jangan lengah. 
  • Picit jerawat
Biasalah bila jerawat mula tumbuh di wajah, tangan dok gatal nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Seeloknya guna krim jerawat, untuk mengeringkan jerawat.
  • Syampu rambut terkena wajah
Bersyampu tidak salah tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berminyak dan berjerawat. Ini adalah kerana syampu mengandungi bahan pelembap/minyak untuk melembutkan rambut. Jadi, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka. 
  • Produk rambut hanya untuk rambut
Penyembur rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori anda tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. 
  • Makan makanan berminyak
Salah satu penyumbang utama kulit berminyak dan berjerawat, sebaiknya amalkan diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak. 
  • Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli alat solek, pastikan korang beli produk yang berlabel non-acnegenic atau non-comedogenic, hypo allergic atau oil free untuk mengelakkan jerawat.

0 comment... add one now