8 Fakta berkenaan Sadiq Khan, Datuk Bandar London terbaharu

8 fakta penting tentang Sadiq Khan, Datuk Bandar London pertama beragama Islam





WAKIL Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.

Pemilihannya dianggap satu perkembangan positif memandangkan Sadiq beragama Islam dan kini menerajui sebuah bandar raya yang majoriti penduduknya adalah Kristian.

Kemenangan Sadiq turut menamatkan penguasaan lapan tahun Konservatif di London, yang mempunyai populasi penduduk seramai kira-kira lapan juta orang.

Beliau juga merupakan Datuk Bandar Asia British yang pertama di London.

Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita lihat lapan fakta berkenaan Datuk Bandar London terbaharu itu.

1. Ibu bapa Sadiq merupakan pendatang dari Pakistan, India yang kemudiannya menetap di London. Sadiq dilahirkan di Tooting, London.

2. Sadiq adalah anak kepada pemandu bas, mendiang Amanullah Khan dan tukang jahit Sehrun Khan. Beliau merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik.

3. Memetik laporan laman portal BT, Sadiq membesar di estet perumahan Tooting, memperoleh ijazah undang-undang University of North London sebelum menjadi seorang peguam hak asasi manusia. 

4. Sepanjang kariernya sebagai peguam, Sadiq pernah bekerja untuk beberapa pelanggan kontroversi.

5. Menceburi bidang politik tempatan pada 1900-an, Sadiq menjadi Ahli Parlimen pertama beragama Islam di London apabila dipilih mewakili kawasan Tooting pada tahun 2005, lapor Wikipedia.

6. Beliau turut dilantik sebagai Menteri Komuniti Negeri pada tahun 2008, kemudian menjadi Menteri Pengangkutan Negeri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Gordon Brown bagi kerajaan Buruh.
7. Sadiq berkahwin dengan Saadiya, seorang peguam dan mempunyai dua anak perempuan.

8. Sadiq juga pernah menulis novel bertajuk “It’s actually called ‘Fairness Not Favours: How to reconnect with British Muslims.”

0 comment... add one now