8 Barang Yang Tak Patut Simpan Dalam Peti Sejuk



Jom kita tengok barang apa yang sebenarnya tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sebaliknya iainya lebih elok kalau diletakkan di pantry atau kabinet dapur. So secara tak langsung boleh lah jimat ruang kat dalam peti tu kan.

1. Hot Sauce atau pun lebih dikenali sebagai Tobassco


Disebabkan tahap kepedasan level dewa, sos ni ada jenis acid yang menghalang pembiakkan bakteria.  Sos pedas ni sebenarnya boleh tahan hampir 3 tahun walaupun diletakkan di suhu bilik. 

2. Kentang



Korang tahu tak yang rasa kentang dan teksturnya akan berubah kalau korang simpan dalam peti. Kentang boleh kekal segar selama 3 minggu jika disimpan di suhu bilik

3. Roti



Suhu sejuk dari peti ais akan membuatkan roti anda cepat kering. Roti boleh tahan selama 3-4 hari jika disimpan di suhu bilik. Tapi lepas 4 hari tu kalau korang tak mampu habiskan boleh je masuk peti. 

4. Bawang



Bawang besar dan bawang putih paling bagus kalau simpan kat suhu bilik. Membiarkan peredaran udara disekeliling bawang membantu mereka tahan lebih lama. 

5. Bateri 



Mesti pelikkan tiba – tiba ada pulak bateri terselit dalam list ni. Kalau korang nak tahu sesetengah orang percaya yang bateri akan tahan lagi lama kalau simpan dalam peti sejuk. Tapi itu hanya lah mitos, sebaliknya bateri anda akan rosak kalau korang simpan dalam peti. 


6. Tomato



Keaslian tomato akan lebih terasa kalau tak disimpan di dalam peti. So cara nak kekalkan tomato dalam keadaan segar, masa tengah nak beli tu korang campur – campur lah beli yang masak and yang tak berapa nak masak. 

7. Kopi



Pantri adalah tempat terbaik untuk simpan kopi. Simpan kopi dalam peti akan merosakkan tekstur dan rasanya.

8. Labu



Labu boleh tahan lebih dari sebulan kalau di simpan pada suhu bilik. 

Sumber - Thinking About Health 

0 comment... add one now