7 Tips cara student universiti tambah duit poket tanpa ikat perut


Mungkin buat sebahagian pinjaman PTPTN bukanlah satu pilihan tetapi adalah satu-satunya kaedah membayar yuran pengajian dan sebagainya. Namun, duit pinjaman sahaja ada kalanya tidak cukup untuk menampung pelbagai perbelanjaan semasa di kampus.
Buku-buku rujukan, tambah nilai prabayar(topup prepaid) serta duit makan minum dan sebagainya memerlukan sejumlah peruntukan wang yang bukan sedikit, tambah-tambah lagi sejak ada cukai barangan dan perkhidmatan.
Pelajar yang tidak hidup biasa-biasa dan kreatif akan ligat mencari peluang masa yang terluang untuk mencari duit poket lebih. Berdasarkan pemerhatian kami, berikut merupakan antara idea yang boleh diikut:

#1 Jual Makanan & Minuman

Bisnes ini pasti untung.
Sila jual dari bilik ke bilik. Kebanyakan pelajar di kampus gemar memerap di bilik (sebab poket kering), kadang-kadang ada yang sanggup berlapar disebabkan banyakassignment, malas nak turun tangga hostel pun ada.
Tak perlu makanan yang berat-berat, boleh jual burger, nasi lemak, sandwich pun sudah memadai. Kalau minuman pula boleh cuba jual kopi-kopi hispster yang memang tengah popular sekarang.

#2 Perkhidmatan ‘Uber’

Dulu namanya “kereta sewa”, sekarang dah moden dipanggil pula Uber.
Bagi pelajar yang memiliki kereta (mungkin pemberian dari ibu bapa), ini memang cara terbaik untuk tambah duit poket. Hanya buat perkhidmatan menghantar pelajar lain ke hostel, fakulti dan seumpamanya.
Perkhidmatan jenis ini memang mudah tersebar dalam kalangan pelajar, jadi jimat, tidak perlu buat marketing.

#3 Kerja di Kedai Fotokopi

Menawarkan diri untuk kerja part time pada waktu semester yang kurang waktu kuliah memang berbaloi. Kedai fotokopi ni biasanya akan wajib ada dalam kampus, jadi kalau berhajat tambahkan duit poket boleh kerja di sini.

#4 Khidmat Cetakan (Printing)

Tidak semua pelajar mampu beli printersendiri.
Sesiapa yang mempunyai mesin pencetak memang sesuai untuk tawarkan perkhidmatan ini di hostel.
Tampalkan sahaja iklan di papan kenyataan hostel. Percayalah, mesti ada pelajar yang berminat untuk dapatkan khidmat ini, silap haribulan pukul 12 pagi ada yang datang ketuk pintu bilik.
Boleh caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen sehelai.

#5 Dropship

Ini adalah bisnes tanpa modal.
Bisnes model yang tak perlukan modal untuk berniaga dan tak perlu pegang stok, namanya dropship. Hanya perlu promosikan barang atau produk orang lain (biasanya produk kecantikan) dan ambil tempahan. Pelajar zaman sekarang yang mahir dalam media sosial memang boleh buat duit dengan bisnes ini.

#6 Jual Kad Prepaid

Susah nak jumpa mahasiswa yang tak pakaihandphone.
Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau jual benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya pukul 12 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik beli topup.
Jadi bisnes jual kad prepaid ini memang sesuai sangat dibuat di kampus. Paling popular sekarang adalah Tone Excel/ONEXOX. Ini adalah program referralyang membayar komisen atas ahli yang menggunakan kad prepaid ini.
Contohnya bagi sesiapa yang membeli kad sim Tone Excel di bawah anda, secara terus anda layak menerima insentif RM20 ringgit apabila mereka daftar di bawah anda.

#7 Jual Beli Saham di Bursa Malaysia

Bisnes ini paling berisiko tetapi berbaloi. Orang yang sanggup menuntut ilmu saja boleh sertai.
Tak ramai yang tahu pasal benda ni sebab mungkin kurang publisiti dari Bursa Malaysia sendiri. Tapi kalau skim-skim cepat kaya yang modus operandinya ambil duit kita dan kononnya laburkan ke tempat lain ramai pula yang tahu.
Dengarnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia siap adaBursa Young Investor Club mereka sendiri.
Bukan sikit-sikit untung yang mereka buat, kalau kena gaya memang ribu-ribu! Dengar memang best, perlu ingat perkara wajib perlu sebelum rancang nak terlibat dalam bursa saham adalah ilmu. Nor Syafiqah Shaharuddin adalah contoh mahasiswa yang terlibat aktif dalam pelaburan bursa saham.

KESIMPULAN

Melalui satu kaji selidik dijalankan dua penyelidik terhadap 118 pelajar secara rawak yang menginap di kolej 17 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menunjukkan sebanyak 51.8% pelajar mengalami masalah kewangan untuk beli buku teks yang menyebabkan proses pembelajaran terganggu seperti kurang tumpuan belajar.
Akibatnya 50.8% pelajar memerlukan pekerjaan semasa cuti panjang untuk membiayai  pelbagai perbelanjaan seperti buku, yuran dan sebagainya.
Namun, kekangan kewangan dalam kehidupan sebagai pelajar dapat dihadapi dengan lebih baik melalui idea-idea di atas.
Jangan hanya berharap, jangan salahkan sesiapa. Untuk terus hidup ubahlah nasib anda sendiri.

0 comment... add one now