7 Sebab kenapa lebih memilih Uber/Grab Car berbanding teksi

Uber vs teksiNAMPAKNYA pemandu teksi makin tak senang duduk apabila periuk nasi mereka ‘diganggu’ dengan kehadiran perkhidmatan aplikasi Grab Car dan Uber. Grab Car ini telah jadi suatu fenomena di mana ramai yang bercakap mengenai ini.
Mana tidaknya, dua kali mogok dalam tempoh sebulan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Persoalannya, apakah salah pemandu teksi sehinggakan orang ramai kini beralih kepada perkhidmatan Grab Car dan Uber.
Saya senaraikan tujuh sebab kenapa lebih memilih aplikasi ini berbanding teksi.
grabcar-vs-uber
1.HARGA BERPATUTAN
Sepanjang menggunakan teksi, pernah beberapa kali spemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak. Jika harga lebih RM1 hingga RM2 tak apa, ini lebih RM10 daripada harga biasa.
Berbanding GrabCar/Uber, caj tambang tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan.
2. BERSIH DAN SELESA
Kenderaan digunakan Grab Car atau Uber lebih selesa dan bersih memandangkan syarikat aplikasi itu menetapkan tahun kenderaan tidak boleh melebihi lima tahun. Manakala teksi pula masih kekal dengan Proton Saga lama.
grabcar-uber-vs-teksi3. MUDAH
Kini semua dihujung jari. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi.
4. PROMOSI
Kadang-kala GrabCar/Uber akan menawarkan promosi menarik buat pelanggan. Sebagai contohnya GrabCar menawarkan tambah serendah RM1 bagi 5km pertama. Teksi? Jika yang bawa adalah bapa anda, mungkin boleh dapat percuma!

5. TIDAK PERNAH MENOLAK
Pemandu Grab Car atau Uber tidak boleh memilih pelanggan. Mereka perlu hantar ke destinasi ditetapkan. Berlainan pula dengan teksi, mereka boleh ‘menolak’ permintaan anda dan boleh menurunkan pelanggan di simpang jalan masuk ke rumah kalau rasa malas meredah kesesakan lalu lintas. Sabar je la.
6. TIADA CAJ TAMBAHAN
Umum ketahui, teksi akan mengenakan caj tambahan sebanyak 50 peratus bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Tetapi GrabCar/Uber tidak mengenakan caj tambahan untuk tempoh masa sama.
7. INISIATIF
Jika anda tidak tahu bagaimana hendak pergi ke tempat yang ditujui, kebiasaannya pemandu GrabCar/Uber akan menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk membawa anda. Tetapi, jarang sekali kita melihat pemandu teksi mempunyai inisiatif sebegitu. Kebanyakkan mereka akan menolak dan menyuruh anda mengambil teksi lain.
grabcar-uber-semakin-popularKESIMPULAN
Ini adalah beberapa sebab mengapa memilih GrabCar/Uber berbanding teksi. Walau bagaimana, bukan semua pemilik teksi begitu. Ada saja pemandu teksi yang baik dan jujur sehinggakan ada yang memberi diskaun lagi.
Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sesetengah pemandu teksi tidak bertanggungjawab telah menyebabkan nama teksi ‘busuk’.
Pandangan saya, apa kata tingkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan daripada anda mogok di tengah jalan raya sehingga memberi keuntungan lebih buat GrabCar/Uber.
Tepuk dada tanya selera.

Kredit - pandulaju 

0 comment... add one now