7 Langkah Mudah Atasi Sakit Leher Dan Punggung


RaMAI antara kita pernah mengalami sakit sendi terutamanya apabila berada di pejabat dan paling kerap dirasakan di bahagian leher dan punggung.
Ini disebabkan oleh duduk terlalu lama atau kurang bersenam. Untuk mengatasi masalah sakit leher dan belakang badan, anda boleh mengkuti langkah mudah berikut:
#1 Mengenal pasti punca
Setiap sakit yang berlaku mempunyai punca namun sebahagian besar berpunca daripada gaya hidup. Ketahui penyebabnya dengan segera dan jika perlu, sila rujuk kepada doktor.
#2 Kerja secara berhemah
Jangan terut duduk di hadapan monitor selama berjam-jam. Lakukan senang regangan yang ringkas dan berjalan sedikit selepas satu jam duduk.
#3 Postur tubuh badan
Semasa kerja, pastikan seluruh tubuh berada dalam keadaan yang relaks. Postur yang salah akan menyebabkan kesakitan sendi.
#4 Hadkan penggunaan gajet
Handpone, komputer dan tablet merupakan faktor utama sakit leher dan punggung ketika ini. Hadkan penggunaan gajet yang akan mengikat anda selama berjam-jam tanpa melakukan perkara ain agar terhindar sakit leher dan punggung.
#5 Yoga
Yoga merupakan cara terbaik untuk mencegah kesakitan tertentu termasuk sakit belakang badan dan leher. Jadi kekerapan melakukan yoga akan membantu anda mengekalkan kesegaran badan.
#6 Bersenam
Bersenam dapat menguatkan tulang dan sendi. Kerana itu, bersenam secara teratur dapat mengatasi tekanan pada sendi, sehingga tidak mengganggu aktiviti harian.
#7 Makan makanan berkhasiat
Makanan seperti epal, kekacang, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan ikan boleh menghalang anda terkena sakit sendi. Antara makanan tersebut dapat mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesakitan sendi. 



0 comment... add one now