7 Fakta tentang Hari Ibu yang patut anda tahu

Tahukah anda, Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia?
"Yeke ni?"

Hari Ibu lazimnya disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan k^epada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.

Juga kepada awak-awak yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak yang comel suatu hari nanti.

Tetapi tahukah korang apakah fakta sebalik Hari Ibu ini?

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin korang tidak tahu mengenai Hari Ibu.
 

Pencipta Hari Ibu Bukan Seorang Ibu

Anna
Anna Marie Jarvis

Anna Marie Jarvis, pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu dan ibunya bernama Ann Reeves Jarvis, mempunyai 13 anak.

Tapi Jarvis je yang paling rapat dengan ibu nya.
 

Terdapat Sebuah Kelab Kerja Hari Ibu.

Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu untuk bersama-sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.

Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.
 

Hari Ibu Yang Pertama Telah Disambut Pada 10 Mei 1908

Tiga tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia.

Pada mulanya, Hari Ibu disambut setiap 10 Mei.
 

Tarikh itu Kemudian Ditukar Oleh Presiden Woodrow Wilson

presiden
Presiden Amerika Syarikat ke-28, Woodrow Wilson. - Wikipedia

Walaupun tarikh 10 Mei mengingati usaha Ann Reeves sempena Hari Ibu, Woodrow kemudian memutuskan bahawa Hari Ibu harus jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, tanpa mengambil kira tarikh nya.

Disebabkan beliau, hari ibu disambut pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan Mei.


Hari Ibu Disebarkan Di Seluruh Dunia Melalui Usaha Anna Marie

Menurut sumber, Anna Marie telah menulis kepada ahli-ahli politik dan ahli perniagaan dari serata dunia untuk menggalakkan cuti umum sempena Hari Ibu.

Dengan usaha itu, Hari Ibu kemudian telah disambut di Afrika, Amerika Selatan dan Asia.


Pencipta Hari Ibu Menentang Sambutan Hari Ibu Di Komersialkan

Menurut Anna Marie, dia tidak gemar dengan komersialisasi sambutan Hari Ibu, termasuk dengan memberi kad ucapan dan industri bunga, yang menghilangkan mesej asal cuti ini.

Menurut buku Malcolm Forbes berjudul "Women Who Made a Difference", Anna Marie berkata: "Kad dicetak tidak membawa sebarang maksud kecuali anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjagamu sejak anda dilahirkan."

Logik jugak tu.
 

Carian Google Untuk Jambangan Bunga Sempena Hari Ibu Adalah Lebih Tinggi Daripada Hari Valentine


Menurut Pusat Penyelidikan Yew, carian Google untuk jambangan bunga  sempena Hari Ibu lebih tinggi daripada Hari Valentine.

Walau apa pun, janganlah masa Hari Ibu je baru nak ingat ibu masing-masing. Ingatkan mereka setiap hari. Call mereka dan tanya lah khabar ibu. Tak susah pun kan?

0 comment... add one now