6 Produk kecantikan yang paling mahal di dunia

Pernah tak anda terfikir apakah produk kecantikan yang digunakan oleh selebriti-selebriti terkemuka dan orang-orang kaya? Pertanyaan anda akan terjawab sebentar lagi apabila anda lihat 6 produk kosmetik yang termahal di dunia yang bakal kami kenalkan ini!



1. Sisley-Paris Skinleya Foundation, 1 oz., $223 (RM941)




Produk Sisley-Paris Skinleya Foundation ini menjanjikan penampilan yang lebih muda  dengan setiap kali penggunaan.

Ia mampu melegakan kulit daripada kelihatan penat dan mempulihkan kulit dari masa ke masa.

2. La Prairie Skin Caviar Concealer Foundation, 1 oz., $228 (RM963)




Produk penyempurnaan kulit yang berfungsi untuk memulihkan kulit yang rosak dan akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih lembap dan segar.

3. Kre-At Beauty 24 Karat Gold Lashes, US $295 (RM1241)




Kre-At Beauty merupakan penyambung bulu mata yang di buat dengan kemahiran artisanal  yang juga mempunyai 24 karat emas!

4. Révive Peau Magnifique Les Yeux, 0.25 oz.  $1,052 (RM4443)




Dalam tempoh empat minggu, serum ini dijangka untuk memperbaiki kulit di sekitar mata anda, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan lingkaran hitam!
  
5. Creme De La Mer Ultrarich Cream, 16.4 oz., $2,222(RM9385)



Krim muka ini menjanjikan ketegangan kulit yang meningkat, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, sambil itu meminimumkan liang roma, dan meninggalkan kulit anda kelihatan kekal muda.

6. Clive Christian Pure Perfume, 30 mL, $2,334 (RM9856)



Produk ini buat masa sekarang hanya dijual di Kanada. Ia mengandungi bahan-bahan semula jadi yang paling susah didapati dan amat berharga.

Mengejutkan kan nilai-nilai produk di atas? Apa lagi, mula lah mengumpul dari sekarang jika anda mempunyai keinginan untuk memakai produk-produk ini.

Sumber: http://thekit.ca/beauty/face/most-expensive-beauty-products/

0 comment... add one now