6 Perkara yang anda tidak patut kongsi di media sosial, tengok sebabnya?

Media Sosial kini sudah menjadi tempat untuk netizen berkongsi pelbagai gambar , status dan sebagainya. Platform yang sering diguna ialah Facebook, Instagram, Twitter sebagai tempat untuk berkongsi pelbagai gambar, video, informasi, status dan sebagainya. Akibat terlalu meluas kegunaannya, sudah banyak netizen menyalah guna media sosial sebagai tempat untuk meluah serta berkongsi perkara yang tidak sepatutnya. Tahukah anda tndakan itu boleh memudaratkan diri sendiri? Sebelum kongsi atau memuat naik sesuatu perkara, fikir dahulu sebelum bertindak. Zaman sekarang, kita harus berjaga-jaga, kuasa media sosial itu sangat besar dan boleh mengakibatkan imej seseorang itu tercalar. Salah perilaku, padah akibatnya. Disini, ada 6 perkara yang anda tidak patut kongsi di media sosial, sebab? Haa jom kita tengok apa sebab utamanya:

 
Muat Naik Status Marah, Cacian Pada Seseorang Yang Ada Kena Mengena Dengan Korang!

 

Contoh paling senang ialah, rakan, bos  atau seseorang di tempat kerja anda
Mungkin korang rasa, memuat naik sesuatu status di media sosial adalah hak korang. Tetapi, berpada-pada, sikap itu akan menampakkan anda seorang yang tidak professional. Tak puas hati, cakap je depan-depan. Kalau jadi macam gambar dekat atas ni, lagi berlarutan dan takkan selesaikan apa-apa masalah.
 

Tunjuk gambar duit, lambang kereta dan kemewahan di rumah

 

Haa ini ciri-ciri orang riak di laman sosial. Dah jadi macam trend. Muat naik gambar-gambar yang melambangkan kemewahan lepastu kapsyen “ ala, sikit sahaja tangkapan hari ini, esok shopping lagi, thanks sayang belanja” motippppp?? Dak-dak hipster selalu tangkap gambar streng kereta siap ada lambang lagi beserta kapsyen “ jalan-jalan jom” atau “ bila nak reda jem ni” . Tak ada kaitan langsung kot..
 

Muat naik gambar pasangan yang tidak senonoh dan anda bangga dengan perkara tersebut?

 
Ini ibarat buka pekung di dada sendiri. Kalau orang tegur tahu pula nak melenting. Nak buat benda yang tak elok sekali pun, tak perlu bangga dan tunjuk dekat orang.
 

Muat naik status percintaan yang boleh orang ramai naik mual selepas membacanya.

 
Sekali sekala takda masalah pun, kalau dah setiap minit nak update status yang konon sweet ni, agak-agak menjengkelkan tak? Kalau ramai orang unfollow jangan tanya kenapa !

Kongsi maklumat peribadi dan lokasi anda berada di laman sosial. Jaga-jaga, ada yang memerhati..


Baru-baru ini rumah pemain bola sepak terkenal Malaysia, Zaquan Adha dirompak dan akibatnya kerana berkongsi alamat rumah secara terbuka kepada orang ramai. Jadi, korang boleh ambil iktibar dan segala maklumat sulit jangan sesuka hati dedahkan di laman sosial.

24 jam nak sedih dekat laman sosial. Dah kenapa?

 
Ini juga menjadi salah satu punca yang buat orang rasa menyampah. Mana tidaknya, tiap masa nak sedih dalam percintaan lepas tu bercerita dekat semua orang.  Pergi buat benda yang boleh menggembirakan lagi bagus tau ! 


Kredit - Hanasuva  

0 comment... add one now