6 Khasiat yogurt baik untuk kecantikan kulit anda

6 Khasiat Yogurt Bagus Yang Untuk Kecantikan

6 Khasiat Yogurt Baik Untuk Kecantikan Kulit Anda 
 Setiap wanita tidak kira yang muda mahupun yang tua, semua inginkan kulit yang cantik, halus dan berseri. Jadi Lokman ingin kongsikan 6 Khasiat Yogurt Baik Untuk Kecantikan, tanpa memerlukan barang komestik yang mahal-mahal. Cuma guna Yogurt sahaja,
1. Kulit menjadi lebih halus
caranya mudah sahaja mudah je, sapu seluruh wajah dengan yogurt, biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan rawatan wajah dengan menggunakan yogurt 2 atau 3 kali seminggu. Hasilnya kulit wajah akan lebih cerah, lembut dan tampak berseri.

6 Khasiat Yogurt Bagus Yang Untuk Kecantikan
2. Membantu mengecutkan jerawat
caranya, bersihkan wajah, kemudian sapu yogurt secara nipis di bahagian yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit, dan kemudian bilas sehingga bersih. Hasilkanya jerawat akan beransur kecut dan wajah anda bebas daripada parut jerawat.

3. Mengatasi kulit terbakar
Bagi merawat dan memulihkan kembali  kulit rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul  sehingga sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan menjadi pulih seperti sedia kala.

4. Kulit lebih cerah sekata
Caranya, campurkan yogurt dengan sedikit pati lemon. Gaul sehingga sebatidan sapukan pada seluruh wajah anda dan leher. Lakukanya tiga kali seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya dan kulitanda akan  lebih cerah berseri.

5. Rahsia awet muda
Caranya mudah sahaja,  campurkan  minyak zaitun dan yogurt. Gaul sehingga sebati dan jadikan masker muka. Lakukan tiga kali seminggu, hasilnya wajah anda akan menjadi lebih halus dan garis halus akan beransur hilang

yogurt terbaik
6. Rambut akan lebih sihat dan bersinar
Yogurt juga mampu mengatasi pelbagai masalah rambut seperti rambut bercabang, kering dan kasar. Caranya lumurkan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap rambut dan yogurt tadi  selama 10 hingga 15 minit, kemudian bilas sehingga bersih.

0 comment... add one now