5 Tokoh usahawan Malaysia berjaya dalam bidang pengangkutan

1. Tan Sri Anthony Francis Fernandes - Pengasas AirAsia, Tune Air 
 

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. 

Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

2. Syed Azhar Syed Nadzir - Peneraju Perkhidmatan Bas KL Hop-On-Hop-Off



BAS dua tingkat atau lebih sinonim dengan panggilan 'double-decker' sering dikaitkan dengan London dan ia menjadi ikon kota raya itu. Selain London, double-decker juga menjadi pengangkutan popular di beberapa bandar utama di Eropah dan Asia seperti Singapura, Sri Lanka, Jepun dan Hong Kong. Ia biasanya digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan melawat tempat menarik di bandaraya terbabit. Di Kuala Lumpur, penggunaan double-decker untuk kegiatan itu masih terlalu baru dan hanya mula diperkenalkan tahun lalu.
 
Dikenali sebagai KL Hop-On-Hop-Off, perkhidmatan bas double-decker di ibu negara itu dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli. Syed Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia. Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam.

“Idea untuk memperkenalkan konsep bas ini di Malaysia tercetus ketika saya tinggal di London. Saya pernah terfikir bila balik ke Malaysia saya nak bawa konsep bas seperti itu ke Kuala Lumpur (KL),” katanya dalam pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini .

Beliau yang ketika itu bekerja di Airod United Kingdom turut membuat penyelidikan dan mendapati ia sesuai serta berpotensi di Malaysia, terutama untuk menarik pelancong. Sekembali ke Malaysia pada 2005, Syed Azhar mula merencanakan strategi bagi menjalankan perniagaan bas bertingkat di KL

3. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh - Pengasas Sani Expres



NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 37 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

Sani dianugerah usahawan muda berjaya KPTM

BANGI: “Saya nak ubah persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa pengangkutan bas adalah pengangkutan untuk orang golongan bawahan dan oleh sebab itu berazam untuk meningkatkan taraf pengangkutan sekarang kepada keadaan yang lebih tinggi,” kata usahawan muda, Wan Mohammad Sani Datuk Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd ketika sidang media selepas menerima Anugerah Usahawan Muda Berjaya Kolej Politeknik Mara (KPTM) 2011.
 
“Sejak saya sekolah saya memang menggunakan bas untuk bergerak dan saya nampak banyak kelemahan dalam bidang pengangkutan ini dari segi kualiti, servis dan sebagainya dan sekarang saya cuba untuk mengatasi masalah berkenaan untuk memberi lebih keselesaan dan kepuasan kepada penumpang,” katanya pada majlis Anugerah Tahunan Usahawan Muda Berjaya Peringkat KPTM 2011, di sini, Jumaat lalu.

4Tan Sri Dato' Loh Boon Siew - Pengasas Boon Siew Honda


Loh (kiri) bersama pengasas Honda, Soichiro Honda



Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

5. Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin - Pengasas NAZA Groups
 

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan.
 
Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.

Alam perniagaan
Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun. Beliau dinyatakan berkata: “Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.”

Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.

0 comment... add one now