5 Tips Cara Untuk Hentikan Hidung Berdarah Teruk!

Frequent-Nosebleeds-In-Children-e1444623493686
Cuaca yang tidak menentu selalunya mengundang pelbagai jenis penyakit yang menyerang manusia tanpa mengira umur. Tambah-tambah lagi bila ada masalah hidung berdarah. Pendarahan hidung ni kalau korang tak rawat dengan betul, ia boleh menjadi lebih teruk!
Mungkin ramai yang tak tahu pendarahan hidung ni boleh terjadi kalau korang menghembus terlalu kuat atau korek hidung dengan cara kasar. Yela, dinding dalam hidung kan lembut.

Cara Untuk Hentikan Hidung Berdarah

  • Dudukkan Pesakit
Tunduk kehadapan supaya darah boleh mengalir dengan sempurna. Atau korang boleh mendongak supaya pengaliran darah hidung berhenti adalah salah sebab tu hanya akan membuatkan darah tadi menjadi beku di dalam hidung. So better korang biarkan je ia mengalir. 
  • Picit Hidung
Arahkan pesakit untuk bernafas melalui mulut dan picit hidung dibahagian daging paling lembut (bukan dibatang hidung tau!) untuk kurangkan pendarahan. Jangan telan atau sedut darah tu balik tau! Sebab benda tu akan buat si dia rasa nak muntah. Benda tu akan mengundang pembekuan darah dalam rongga si dia. Hati-hati!
  • Periksa Hidung
Selepas 10 minit, lepaskan tangan korang dari memicit hidung tadi dan cuba periksa. Kalau still ada darah yang mengalir, sambung memicit hidung untuk jangka masa 10 minit yang seterusnya.
  • Cuba Teknik Kompres Sejuk
Berikan pesakit ais yang mencukupi atau pek sejuk dan letakkan ais tu atas batang hidung. Benda tu boleh bantu untuk mengurangkan pengaliran darah pada hidung.
  • Periksa Hidung 
Bila pendarahan dah berhenti, cuci keliling hidung dengan kain lembap. Nasihatkan pesakit supaya tidak menghembus hidung buat masa yang terdekat dan hindarkan aktiviti berat untuk jangka masa 12 jam.
  • Cara Bantu Kanak-Kanak Yang Terlalu Kecil Mengalami Pendarahan Hidung
Kanak-kanak yang terlalu kecil atau bayi tak reti nak picit hidung mereka sendiri. So apa yang boleh korang lakukan ialah, tenangkan dia supaya tak cemas bila nampak darah. Sambil itu, cuba yakinkan dia untuk meludah atau menghembus sisa darah dalam sinki atau baldi. 
Sumber : wanista

0 comment... add one now