5 Tarikh kahwin patut dielak bagi pasangan ingin berkahwin


Artikel ini adalah hasil perkongsian dari ikahwin.my, kunjungi laman sesawang mereka untuk menerima lebih banyak tips perkahwinan.

Dalam pemilihan tarikh kahwin ada beberapa faktor yang perlu anda lihat. Kali ini pula adalah mengenai tarikh-tarikh yang perlu dielak.

1. Hari datang haid



Setiap wanita pasti memahami perasaan amat tidak selesa yang dirasai ketika datang haid. Lagi-lagi mereka yang sering mendapat Period Pain. Kira hari datang bulan anda dengan betul dan elakkan untuk melangsungkan majlis pada hari tersebut.

Nasihat admin bagi mereka yang tidak begitu mahir mengira hari datang bulan, muat turun aplikasi di Google App Store yang membantu anda mengira hari period anda dengan automatik.

2. Tarikh majlis rakan anda




Admin pernah menerima jemputan majlis kahwin 2 orang rakan admin tetapi pada hari yang sama.

Kepada si tetamu, pasti akan rasa serba salah majlis siapa yang perlu dihadiri. Tambahan pula jika dilantik menjadi bridesmaid pada kedua-dua kenduri.

Kepada si pengantin pula, tidak eloklah jika kita membuat rakan-rakan rasa bersalah dan terpaksa memilih. Majlis kahwin adalah untuk mendapat restu dan doa orang ramai, tidak manislah jika bergaduh semata-mata tidak ingin bertolak ansur tarikh.

3. Musim Jerebu




Sudah 2 tahun berturut-turut negara kita mengalami cuaca jerebu yang teruk pada bulan yang berdekatan ( Jan – Mac ). Lihat keputusan kajian cuaca dan pilih tarikh yang sesuai dan hari yang langitnya cerah.


4. Hari Valentine – 14 Feb




Kita lari sedikit dari konteks agama, ada pasangan yang merasakan tarikh itu melambangkan cinta dan ingin mengadakan majlis pada tarikh istimewa tersebut. Tetapi tahukah anda, bunga-bunga segar terutamanya bunga ros dinaikkan harga 2 atau 3 kali ganda lebih mahal dari hari biasa pada hari kekasih?

Apa bunga ada kena mengena dengan tarikh saya pilih? Dekorasi hantaran, dekorasi pelamin, dekorasi meja makan, semuanya memerlukan bunga-bungaan. Jadi seelok-eloknya elaklah tarikh ini.

5. 29 Feb 2015




Ini adalah tarikh yang paling dinasihatkan oleh admin untuk dielak dari dipilih menjadi tarikh kahwin. Tak percaya, anda boleh google sebab-sebabnya. 

Sumber – ikahwin.my

Selamat memilih tarikh kahwin!


0 comment... add one now