5 Program presentasi terbaik selain Powerpoint


alternatif selain power point

Lima alternatif terbaik selain Power Point saya kongsikan untuk tatapan para pendidik.

Emaze


Emaze ialah platform atas talian yang membolehkan anda membuat persembahan dengan hanya memilih template dan memasukkan maklumat yang ingin dipersembahkan. Boleh digunakan pada pelbagai peranti dan sistem operasi, ianya dilihat berpotensi untuk memberikan satu kelainan kepada anda.



Emaze boleh digunakan tanpa perlu membuat sebarang bayaran kepada pihak pengendalinya, namun terdapat batasan dalam beberapa fungsi jika dibandingkan dengan pelanggan yang membuat bayaran secara bulanan atau tahunan.

Ciri Persembahan : 3 Dimensi, Beranimasi, Template Porfesional.
Platform : Windows, IOS, Android, Mac OS, Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.
Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.

Haiku Deck


Haiku Deck merupakan salah satualternatif selain Power Point dalam membuat penerangan secara persembahan. Pilhan templat yang ringkas dan cantik di dalam galeri Haiku Deck dapat memberi kelebihan kepada penggunanya.


Ciri Persembahan : Beranimasi, Template Ringkas dan Cantik.
Platform : iPad, iPad mini, Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.
Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.


Slide Bean


Berbeza sedikit dengan aplikasi persembahan yang lain, alternatif kepada Power Point ini dapat membuat animasinya sendiri semasa kita sedang menaip input-input yang hendak dipaparkan nanti.
Apabila hendak menggunakan Slide Bean, lebih selesa  dibuat di atas pelayan internet. Jadi pendek kata, internet diperlukan untuk menggunakan Slide Bean.


Ciri Persembahan : Beranimasi, Template Tercipta Sendiri,
Platform : Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.
Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.


Prezi


Prezi, antara suatu nama yang kuat selain Power Point untuk persembahan yang menarik. Pengguna perlu kreatif dalam memilih gambar yang hendak dimasukkan. Prezi banyak membuat persembahannya menggunakan zoom in dan zoom out.



Jadi, gambar yang cantik diselang-selikan dengan teks yang hendak dipaparkan perlu dipilih sendiri oleh penggunya. Kebebasan dalam membuat persembahan ini memberikan kelebihan kepada pengguna Prezi itu sendiri.

Ciri Persembahan : Lebih fokus kepada animasi zoom in dan zoom out serta boleh digabungkan dengan pemain video lain.
Platform : Google Chrome, Internet Explorer, dan Firefox.
Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.
Laman Web : https://prezi.com/


Slidedog


Slidedog merupakan satu-satunya aplikasi persembahan yang boleh menggabungkan pelbagai dokumen ke dalam satu-satu persembahan. Contohnya, prezi, word, pdf, dan pelbagai lagi.

Boleh digunakan secara atas talian mahupun tidak, ianya membolehkan penggunanya untuk membuat persediaan dengan gabungan dokumen dengan lebih mudah.


Ciri Persembahan : Menggunakan elemen cross fade, boleh diintegrasikan dengan pelbagai format dokumen dan video.
Platform : Windows, Mac
Jenis Langganan : Percuma tetapi terdapat beberapa fungsi yang kurang berbanding langganan berbayar.
Laman Web : https://slidedog.com

0 comment... add one now