5 Laman web terbaik tawarkan stok foto percuma

Stock Photographyatau stok gambar foto nampaknya berleluasa di internet. Jika anda mencari sebarang foto yang berkualiti tinggi dan professional anda boleh mendapatkannya daripada pelbagai agensi dan pengedar foto online seperti Getty ImagesCorbis,iStockphoto dan Shutterstock.
Masalahnya, semua agensi dan pengedar online ini mengenakan kos tertentu untuk mendapatkan koleksi stok foto mereka. Anda juga perlu faham terma “Royalti Free” atau RFyang diedarkan bersama Stok Foto tersebut. Royalti Free bermakna anda perlu membayar lesen untuk menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Berbeza pula dengan apa yang diistilahkan sebagai Public Domain, di mana ianya adalah 100% PERCUMA.
Jika anda merupakan sesebuah agensi atau syarikat yang mampu membayarnya, itu tiada masalah tetapi jika anda hanya seseorang yang kurang berkemampuan atau hanya mahu koleksi stok foto yang professional tetapi PERCUMA. Di manakah anda boleh mendapatkan stok tersebut. ANDA BERNASIB BAIK kerana tedapat banyak juga laman web yang menawarkan stok foto bersifat Copyright Free ini dan anda tidak perlu mengorek poket anda untuk mendapatkannya. Di sini saya senaraikan 5 laman web utama yang menawarkan stok foto PERCUMA:
freeLamanFreeDigitalPhotos mengkatelogkan beribu-ribu foto yang boleh dicari mengikut kategori dan sub-kategori. In memudahkan anda mencari foto-foto yang anda inginkan. Setiap imej atau foto boleh dimuaturun secara PERCUMA tetapi jika anda ingin imej atau foto yang lebih besar saiznya atu pun yang beresolusi tinggi, anda perlu membayarnya pada kadar yang amat murah antara US$5 -10 sahaja.
Sebaik saja anda mendaftar sebagai ahli (percuma) dengan Freerange, beribu-ribu koleksi foto yang beresolusi tinggi yang terdapat dalam stok mereka boleh dimuat turun secara percuma. Semua imej atau fotofreerangetersebut boleh digunakan secara PERCUMA samada untuk tujuan peribadi atau pun komersil (tanpa memerlukan sebarang lesen). Untuk jurufoto-jurufoto berminat untuk meletakkan koleksi foto yang mereka sebagai stok di laman tersebut, Freerange memberikan sumbangan hasil daripada Pendapatan Google Adsensekepada mereka jika foto mereka dimuat turun. Jika anda berminat menjual hasil foto anda, anda boleh layari laman web ini untuk info.
Dengan mempunyai lebih daripada 13,000 koleksi foto dan imej yang percuma, StockVault diibaratkan sebagai tali penghubung di antara para designer yang kreatif dengan jurufoto. Laman ini menyediakan khidmat photo-sharing atau kongsi-foto antara jurufoto dan designer yang kreatif. Imej dan foto boleh digunakan secara percuma untuk tujuan peribadi atau kegunaan tanpa komersil sahaja.
SXC.hu mempunyai lebih daripada 400,000 koleksi foto yang boleh dipilih daripada lebih 30,000 jurufoto seluruh dunia. Walaupun ianya PERCUMA,stockanda perlu mematuhi syarat-syarat penggunaannya di mana antaranya ialah memberitahu pemilik asal foto tersebut jika anda menggunakannya. Ada juga di antara mereka (pemilik foto) hanya memerlukan anda meletakkan kredit tentang foto mereka tanpa meminta sebarang bayaran. Jika anda menggunakannya untuk laman web, hanya memberi kredit kepada mereka seperti “foto ini adalah milik sipolan dan sipolan” dan jika mereka mempunyai laman web tersendiri, anda boleh juga meletakkan pautan ke laman web mereka.
Jika anda masih belum terjumpa dengan foto yang anda inginkan, anda boleh melawat laman web Flickr. Laman web ini tersohor dengan stok foto daripada pengunjung-pengunjung Flickr, di mana anda boleh mengehos imej dan foto-foto anda di internet untuk dikongsi oleh orang lain.flickrDengan berjuta-juta foto daripada seluruh dunia, Flickr menawarkan pelbagai jenis foto yang boleh didapati berasaskan lesen yang dikenal sebagai Creative Commons (CC) License. Apa yang anda perlu buat ialah memastikan jenis lesen penggunaannya yang disertakan dengan imej dan foto tersebut. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan Foto daripada Flickr ditawarkan menggunapakai lesen CC Attributiondi mana anda perlu memberi kredit kepada pemilik asal foto berkenaan jika ingin menggunakan mereka.

0 comment... add one now