5 Kesilapan asas pengiklan Google Adsense mungkin tidak tahu

Pernahkah anda meletakkan iklan pada blog anda dengan Google melalui perkhidmatan Google Adsense? Tahukah anda beberapa perkara yang perlu anda tahu sebagai pengiklan dan beberapa kesalahan atau kesilapan yang anda mungkin tidak tahu. 
Berikut disenaraikan 5 kesilapan asas yang biasanya dilakukan oleh para pengiklan Google Adsense terutama mereka yang dianggap newbie dalam perkhidmatan ini:
Kesilapan 1:� Tidak Mengikuti Perkembangan TOS
Term of Service atau TOS Google Adsense selalu berubah setiap waktu. Sesuatu yang semalamnya legal untuk dilakukan mungkin hari ini sudah menjadi sesuatu yang ilegal. Oleh itu periksa dan bacalah TOS� dengan teliti dan sering-seringlah menjenguk masuk ke dalam Forum yang membahas isu Adsense.
Kesilapan 2: Mengundang Orang Lain untuk Mengklik Iklan
Mengklik iklan sendiri tentulah merupakan sebuah kesalahan yang sangat jelas dan kerana itu tidak ada toleransi untuk kesalahan ini. Begitu juga jika sekiranya anda menyuruh orang lain untuk mengklik iklan anda, dengan menggunakan sebaris teks yang menganjurkan mereka untuk mengklik iklan yang terpasang di blog Anda.
Kesilapan 3: Memilih bentuk Iklan yang Tidak Tepat
Dua kesilapan diatas, iaitu kesilapan 1 dan 2 boleh mengakibatkan Akaun Adsense anda ditutup. Namun, kesalahan yang satu ini hanya mengakibatkan� pendapatan Anda. Bentuk iklan yang disediakan oleh Google pastinya boleh diletakkan di semua sudut halaman blog anda. Namun ingat, hanya satu bentuk iklan tertentu sajalah yang mampu memberikan pemasukan tinggi.� Begitu juga, anda hanya dibenarkan meletakkan 3 iklan adsense sahaja pada sesuatu laman. Jika lebih, ianya menjadi satu kesalahan pada Google.
Kesilapan 4: Salah Memilih Warna
Mungkina nda berfikir bahawa iklan yang berwarna-warni akan mampu menarik perhatian dan kelihatan menarik. Hal ini merupakan satu kesilapan besar. Oleh itu sebaiknya gunakanlah warna latar belakang blog yang sama dengan warna latar belakang halaman iklan anda, begitu juga dengan warna font-nya. Betepatan dengan TOS Google Adsense, iaitu dilarang mengedit kod iklan, maka tidak diperbolehkan untuk mengedit warna background iklan adsense Anda.
Kesilapan 5: Kesilapan Pemilihan Halaman
Beberapa halaman di blog anda merupakan tempat strategik untuk memasang iklan. Oleh kerana itu, tempatkan iklan di halaman strategik yang sering dikunjungi orang dan hindari daripada meletakkan iklan dengan alasan agar sebuah halaman blog terlihat cantik atau serasi. Penempatannya boleh anda letakkan di sidebar, bahagian atas halaman, atau bahkan di dalam sebuah artikel.
Semoga nasihat ini menjadi pedoman asas kepada sesiapa yang ingin mencuba Google Adsense.
5 Kesilapan asas pengiklan Google Adsense mungkin tidak tahu

0 comment... add one now