5 Kesalahan biasa boleh mengundang kerosakan kenderaan anda

Selalunya jika anda mengalami kesakitan pasti doktorlah yang akan ditemui dulu. Jika tidak sakit sekalipun, selalunya pegawai perubatan menyarankan kepada kita agar membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali bagi menentukan tahap kesihatan tubuh badan.

serviskereta

Seperti itu, kenderaan juga memerlukan servis untuk membuatnya agar dalam keadaan tip-top. Namun, seandai kurangnya pengetahuan seseorang berkaitan kenderaan khususnya kereta dan hanya tahu menggunakannya sahaja maka ia boleh mengalami kerosakan dengan kadar cepat.

Untuk mengatasi perkara ini, anda boleh mengetahui perkara-perkara buruk yang dapat merosakkan kenderaan melalui website rasmi Toyota Astra. Berikut adalah kesalahan biasa yang dilakukan sehingga boleh mengundang kerosakan kenderaan anda:

1. Mengabaikan peringatan yang diberikan secara automatik oleh kenderaan

Sebenarnya beberapa kenderaan ketika ini sudah memiliki tambahan yang dapat mengenalpasti adanya masalah dalaman. Biasanya akan diberikan peringatan dari kenderaan itu sendiri. Namun, ketayaryakan pemilik kurang peka dengan peringatan tersebut sehingga mengabaikannya dan membiarkannya semakin parah.

2. Kurang perhatian pada tayar
Kurang perhatian ke atas tayar juga adalah sesuatu yang tidak baik. Ini kerana jika sedang berada di jalan licin, maka akan sukar dikendalikan dan boleh juga meningkatkan lagi kos bahan bakar kenderaan anda.

3. Mengubah gigi secara sembarangan
Perubahan gigi atau transmisi tidak boleh dilakukan dengan sembarangan. Seperti mengubah gigi dengan penginjak gandingan (coupling) atau lainya. Ini boleh merosakkan lagi kenderaan dengan lebih cepat. Justeru itu, lakukanlah dengan benar dan tepat.

4. Jarang melakukan servis

Jarang melakukan servis adalah kebiasaan yang boleh merosakkan kereta dengan cepat. Menunda waktu servis boleh membuat kenderaan berjalan dengan keadaan terpaksa. Untuk itu rutinkanlah melakukan servis agar dapat diketahui kerosakan dari kereta, dan dapat segera diatasi.

5. Sering menggunakan brek secara tiba-tiba dan memacu kereta dengan sekali sentakan dengan gas besar

Sering menggunakan brek secara mendadak juga tidak baik untuk kenderaan anda, kerana boleh membuat brek cepat haus. Selain itu, sering menancap gas terus tinggi juga tidak baik kerana dapat meningkatkan lagi kos bahan bakar.

0 comment... add one now