5 Gambar pesawat latihan TUDM terhempas di Pekan, masih dalam siasatan!

PEKAN: Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan telah terhempas di Kampung Serum, Nenasi, Pekan, Pahang, tengah hari tadi, lapor Berita Harian.

Pesawat jenis Aermacchi MB-339 buatan Itali berkenaan dilaporkan telah terhempas di kawasan berhampiran sawah padi.

Bagaimanapun memetik laporan buletin TV3 menyebut dua anggota yang mengendalikan pesawat berkenaan selamat, di mana seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seramai 11 orang anggota bomba dan JBPM terbabit dalam operasi berkenaan. Punca nahas masih dalam siasatan.





0 comment... add one now