5 Fakta tentang Korea anda tak pernah tahu

Img Music 01

5 fakta tentang Korea anda tak pernah tahu 

Tentu ramai yang sangat meminati dan mengagumi Negara Korea selatan bukan?. Sejak tersebarnya gelombang 한류 (hallyu) ke seluruh dunia, tak dapat dinafikan Korea telah berjaya menempa nama di peringkat global dalam bidang hiburan, teknologi dan lain-lain. Sejak itu juga, Korea telah mengumpul peminatnya yang tersendiri. Ada yang meminati K-pop, ada yang menjadi peminat tegar K-Drama dan ada juga traveler tegar yang menjadikan Korea destinasi kegemaran, berulang-alik saban tahun ke Korea ibarat rumah ke-2.

Namun begitu, anda tidak boleh mengaku anda peminat tegar Korea jika anda tidak mengetahui 5 perkara ini.


1. Korea dan Internet Explorer berpisah tiada.
Tahukah anda Korea ada meluluskan undang-undang pada tahun 1999 untuk menghadkan transaksi atas talian hanya dilakukan dengan menggunakan Microsoft Active-X plugin yang hanya compatible dengan Internet Explorer sahaja. Oleh kerana itu, semua online-banking di Korea hanya boleh di buat dengan menggunakan Internet Explorer sehingga hari ini.

Bukan itu sahaja, majoriti website rasmi Korea juga hanya berfungsi sepenuhnya jika menggunakan Internet Explorer. Walaupun banyak usaha yang telah di lakukan untuk mengubah sistem ini kerana dunia sudah mula meninggalkan internet explorer, ia  pasti akan memakan masa yang lama  sebelum boleh diubah sepenuhnya. Sementara itu, kenalah redha pakai internet explorer ya!

south-korea-ie

 2. Kaki adalah aurat.
Bagi orang korea, menunjukkan kaki adalah satu perkara yang memalukan. Sebagi contoh jika kita masuk ke dalam Rumah orang Korea kita tidak boleh terus cabut stoking kerana ia sesuatu yang tidak beradab. Jika hendak ke kelas pelajar kebiasaannya akan berkasut, kalau mahu berselipar boleh tapi kena pakai stoking. Sebab tu jangan pelik kalau Nampak orang korea pakai seluar pendek, pakai selipar dengan stoking. Namun budaya ini sedikit demi sedikit sudah terhakis, terutama dalam golongan muda.

IMG_8268


3. Gosok gigi di tempat awam adalah perkara biasa
Perkara ini mungkin ganjil di Malaysia. Tak ramai orang suka gosok gigi di tempat umum. Di sini, kita boleh jumpa orang gosok gigi di tandas-tandas awam. Kalau di universiti, adegan gosok gigi di Koridor bangunan akademik itu perkara yang biasa. Nasib baik gegadis Korea yang gosok gigi tu comel-comel.

Screen Shot 2016-05-02 at 1.41.47 PM


4. Orang Korea suka kunci sebelah pintu.
Satu perkara yang sukar difahami tentang Korea ini adalah mereka sangat suka kunci sebelah pintu dan perkara ini kita tak jumpa di Malaysia. Anda akan berjumpa dengan banyak bangunan yang mempunyai pintu dua belah. Akan tetapi yang berfungsi hanya sebelah sahaja. Yang dikunci itu di panggil ‘Kojong mun’ (고정문) atau dalam bahasa inggerisnya fixed door. Kenapa perlu buat pintu dua belah tapi guna hanya sebelah sahaja? Satu misteri yang sukar dirungkai!

고정문2


5. Smartphone Korea ada aerial TV
Kalau kita jumpa orang pakai telefon Samsung yang ada aerial tv mesti kita terfikir bahawa telefon itu tiruan buatan china. Tapi sebenarnya di Korea semua smartphone Samsung ada aerial tv. Namun ia bukanlah telefon tiruan dan mereka sangat gemar menonton TV di smartphone mereka dimana-mana sahaja terutama di dalam tren.

SAM_3155

Anda rasa anda tahu kelima-lima fakta ini?. Cuba share dengan kawan anda yang mengaku peminat Korea tu. Tengok dia tahu ke tidak fakta-fakta ni.

0 comment... add one now