5 Cara bebaskan kulit dari jerawat tanpa perlu krim kecantikan



Untuk sihat, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah menjaga apa yang kita makan. Sama juga untuk memastikan kulit sihat bebas jerawat.

Ada makanan yang berkhasiat yang berupaya menjadikan kulit kita cerah dan segar. Namun cukup banyak juga makanan yang kita ambil setiap hari mampu membahayakan kulit.

Makanan seperti susu, gula, dan karbohidrat dikatakan sebagai makanan yang dapat merosak kulit, menyebabkan kulit jadi cepat berkedut, jerawat dan alahan terutama jika diambil berlebihan.

Oleh itu jika ingin memiliki kulit sihat, bebas dari jerawat dan masalah kulit lain batasi pengambilan empat jenis makanan yang selalu kita makan ini.

1. Elak makanan tinggi gula


Makanan yang tinggi kadar gula seperti kuih muih manis, gula-gula, minuman ringan, jus segera, malah hidangan tinggi karbohidrat seperti roti boleh menyebabkan wajah mudah berjerawat.

Makanan ini memiliki kecenderungan meningkatkan kadar gula darah, melepaskan hormon yang merangsang penghasilkan minyak membuat sel-sel kulit menyumbat pori-pori lebih cepat.

2. Terlalu banyak garam


Garam menyebabkan jaringan sel membengkak dan membuat wajah kelihatan kusam. Pengambilan garam yang tinggi juga akan meningkatkan jerawat. Makanan ringan seperti kerepek adalah antara yang tinggi kandungan garam yang harus kita awasi pengambilannya.


3. Produk susu berlebihan


Susu adalah salah satu makanan sihat yang dapat mendatangkan masalah jika diambil terlalu banyak. Ia boleh menyebabkan jerawat dan kemunculan bintik hitam. Sumber susu ini pula bukan saja dari susu minuman tapi juga coklat dan keju.

4. Kafein


Memang sukar untuk menghindari minuman berkafein tapi kita mampu membatasi pengambilannya. Secawan minuman berkafein dapat menyebabkan peningkatan kortisol dalam tubuh. Kortisol berlebihan pula boleh merosak kulit.

5. Jaga kebersihan 


Selain membatasi pengambilan makanan yang jadi penyumbang kepada masalah kulit, pastikan juga anda menjaga kebersihan kulit terutama bahagian wajah. Bersihkan dua kali sehari khususnya sebelum tidur bagi mengelakkan jerawat timbul akibat kotoran yang menempel pada pori-pori.


Sumber: Vanilakismis
5 Cara bebaskan kulit dari jerawat tanpa perlu krim kecantikan

0 comment... add one now