5 Buah filem terbaik Asia 'remake' dari filem Hollywood

Hollywood boleh dikatakan gemar menghasilkan semula atau 'remake' filem Asia terutamanya filem-filem berkaitan hantu atau samurai. Tetapi kadang-kala pembikin filem dari Asia juga turut melakukan perkara sama dengan membuat filem 'remake' dari filem pecah panggung Hollywood.

Sebagai contoh, Zhang Hoa pernah telah muncul dengan filem terbaru berjudul "Only You" yang dibintangi oleh Tang Wei dan Liao Fan yang merupakan 'remake' dari filem komedi romantik pada tahun 1994 yang dibintangi oleh Marisa Tomei dan Robert Downey Jr.

Sejak filem komedi romantik Chen Daming pada tahun 2011 "What Women Want" dengan Andy Lau dan Gong Li, yang merupakan 'remake' judul yang sama filem Mel Gibson pada tahun 2000, mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Kemudian filem romantik komedi lakonan Julia Roberts dan Dermot Mulroney berjudul "My Best Friend's Wedding" turut mendapat 'remake' dari pengarah Alexi Tan yang menampilkan Shu Qi dan Feng Shaofeng sebagai peneraju.

Malah, bukan negara industri perfileman China sahaja yang menghasilkan filem 'remake' dari Hollywood, tetapi Korea Selatan, Jepun dan India turut sama pernah membuat filem 'remake'.

Dalam pada itu, Bollywood juga terkenal dengan membuat 'remake' dari filem Hollywood antaranya "Kucch To Hair" (2003), 'remake' dari filem "I Know What You Did Last Summer" (1997), dan "Dil Hai Ki Manta Nahin" (1991), 'remake' dari filem "It Happened one Night" (1934).

Oleh itu, kali ini saya ingin menyenaraikan lima buah filem terbaik Asia 'remake' dari filem Hollywood:

Connected (China)
Filem 'remake' pada tahun 2008 ini adalah filem thriller-jenayah arahan David R.Ellis berjudul "Cellular" yang merupakan filem 'remake' pertama China dari filem Amerika Syarikat (AS). "Connected" dibintangi oleh Louis Koo, Barbie Hsu, Nick Cheung dan Liu Ye membawa watak yang dijayakan oleh Jason Statham, Kim Basinger, Chris Evans dan William H. Macy. Filem 'remake' ini mendapat pujian dari penonton filem asalnya. Louis Koo yang membintangi filem "Connected" membawa watak bapa tunggal yang pada satu hari menerima panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali mendakwa dia dan anak perempuannya diculik oleh gangster kejam dan merayunya untuk menyelamatkan mereka.

Unforgiven (Jepun/Korean)
Pada tahun 2013 pengarah berasal dari Korea yang berpengkalan di Jepun, Lee Sang-il telah meriliskan "Unforgiven" versi Jepun dengan menampilkan Ken Watanabe sebagai peneraju. Filem 'remake' tersebut adalah filem berjudul sama pada tahun 1992 yang dibintangi oleh Clint Eastwood. Filem yang mendapat rating 100 peratus dari Rotten Tomatoes ini mengisahkan tentang seorang wira berusia yang kembali beraksi untuk membalas dendam kepada serangan kejam terhadap pelacur.

Ghost (Jepun/Korean)
Filem romantik "Ghost" Jerry Zucker 1990 ini telah dibuat semula dengan versi Jepun menggunakan judul sama dengan pelakon Korea, Song Seung-heon dan aktres Jepun, Nanako Matsushima membawa watak yang dijayakan oleh Patcik Swayze dan Demi Moore pada tahun 2010. Pengarah Taro Otani bagaimanapun tampil sedikit berbeza dari filem asal dengan menyuntik elemen 'twist' dalam filem itu yang mana bukan suami yang meninggal menjadi hantu, tetapi si isteri. Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri Nanami, seorang Ketua Pegawai Eksekutif berjaya dan Jun-Ho seorang pembuat tembikar. Apabila Nanami dibunuh dalam satu kemalangan, dia mendapati dirinya menjadi hantu. Nanami kemudian telah berkomunikasi dengan Jun-ho untuk mencari siapakah pembunuhnya.

Tokyo Godfathers (Jepun)
Filem anime pada tahun 2003 ini adalah 'remake' dari filem John Ford "3 Godfathers", yang mana ada yang mengatakan versi oleh Satoshi Kon dan Shogo Furuya ini lebih tragik dan kompleks berbanding filem asalnya pada tahun 1948. Filem ini mengisahkan tentang tiga orang gelandangan: Gin, transeksual Hana dan seorang remaja Miyuki menggeledah tong sampah pada hari Natal yang mana mereka kemudian menemui seorang bayi yang ditinggalkan. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk menolong dengan mencari ibu bapa bayi tersebut.

Bang Bang! (Indian)
Filem yang dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Katrina Kaif pada tahun 2014 ini adalah filem 'remake' rasmi dari filem aksi-komedi tahun 2010 "Knight and Day" yang dibintangi oleh Tom Cruise dan Cameron Diaz yang diberi berjudul "Bang Bang!". Filem ini merupakan filem Bollywood yang mendapat kutipan tertinggi di Amerika, selain menduduki dalam senarai 10 teratas filem pecah panggung di India. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang secara tidak sengaja telah terlibat sama dengan seorang pengintip yang mahu melarikan diri dari Perkhidmatan Rahsia dan mahu membersihkan namanya.

0 comment... add one now