5 Aplikasi suntingan foto terbaik buat penggemar selfie


TREND mengambil gambar sendiri atau lebih tepat dipanggil selfie sudah menjadi satu kebiasaan kepada generasi muda baik lelaki mahupun wanita.

Lihat sahaja di laman sosial Instagram ataupun Facebook, begitu ramai yang berkongsikan gambar-gambar selfie, serta tidak  ketinggalan ‘wefie’ yang diambil secara beramai-ramai menggunakan monopod.
Kami senaraikan di bawah, lima aplikasi suntingan foto yang boleh digunakan untuk memberi impak lebih magis untuk gambar anda seperti yang dikongsikan di laman web michelephan.com.

SNUG (iPhone)

snug
Rimas lihat profil Instagram mempunyai foto tidak selari tema dan warna, Snug membolehkan anda lihat kembali foto lama di Instagram.
Anda boleh memilih gambar sesuai untuk diletakkan sebaris dengan gambar baru. Bahasa mudah, Snug bertindak sebagai aplikasi ‘preview’ untuk membantu anda buat pilihan foto tepat sebelum dipaparkan.

VSCO (Android & iPhone)

vsco-share-image
Aplikasi paling diminati ramai, sesuai bagi anda yang gemarkan fotografi. Pelbagai fungsi terbaik dapat diguna yang membolehkan gambar suram menjadi ceria dan cantik! Dengan pelbagai jenis ‘filter’ gambar, ia sesuai untuk anda yang suka bereksperimentasi dengan warna.

Afterlight (iphone & Android)

aff
Jika anda benar-benar mahu edit gambar, ini adalah aplikasi sesuai untuk dicuba. Menawarkan 15 jenis elemen suntingan, 74 jenis filter, 128 bingkai gambar serta 78 jenis tekstur yang boleh dipadankan ke atas foto untuk wujudkan kelainan.

Enlight (iPhone)

Enlight-App-iPhone-18
Untuk yang berjiwa seni, anda boleh bereksperimen dngan aplikasi ini. Gambar selfie boleh diedit menjadi lukisan selain menggabungkan beberapa foto selfie untuk dijadikan kolaj.
Apa yang pasti, ia turut mempunyai pilihan “paintbrush” yang berfungsi menambah tulisan atau lukisan warna-warni pada gambar.

Facetune (iPhone & Andoid)

carousel-1-bg
Dicipta syarikat yang mengeluarkan aplikasi Enlight tetapi apa yang membezakan kedua-duanya ialah aplikasi ini khas untuk menonjolkan kecantikan wajah seseorang dalam gambar selfie.
Lingkaran gelap mata boleh dihilangkan, menghaluskan kulit, tambah sedikit pemerah pipi pastinya membuatkan foto anda kelihatan profesional. 
Sumber: Michelephan.com

0 comment... add one now