4 Cara berjimat dalam perbelanjawan seharian anda


berjimat dalam kehidupan seharian
Jika anda sering mencari cara-cara untuk berjimat dalam perbelanjawan seharian anda, terdapat banyak kaedah yang boleh diguna pakai.
Perbelanjaan harian seperti makanan dan pengangkutan boleh meningkat dan tidak menentu. Jika anda ingin mengurangkan bajet mulai hari ini, anda boleh berjimat dengan banyak dalam jangka masa yang lama.
Ingin mengetahui cara-cara untuk berjimat dalam kehidupan harian? Ketahuinya di bawah:

Cara #1: Berjimat Dalam Makanan dan Shopping

Percayalah, perbelanjaan anda banyak dihabiskan dengan makanan (sebab keperluan harian) dan membeli belah di pasar raya.

1. Asingkan Email

Jika anda melanggan email newsletter untuk kupon/boucer ataupun jualan murah, adalah digalakkan untuk mengasingkan email tersebut. Terdapat syarikat meminta email untuk anda memudahkan mereka menghantar sebarang promosi, pastikan anda mengasingkannya mengikut kategori. Jangan menggunakan email utama anda.
Hal ini untuk mengelakkan anda daripada diganggu dengan promosi-promosi yang tidak penting kepada anda semasa anda membuka email utama anda.
Jadi bila perlu buka email newsletter itu?
Anda boleh bukanya semasa anda ingin membeli belah – dengan mengetahui apa yang anda ingin beli dan mengetahui terdapat promosi, ini boleh membantu anda berjimat.

2. Rancang Masakan Untuk Minggu Hadapan

Merancang masakan adalah salah satu cara yang berkesan untuk menjimatkan duit kerana boleh menggalakkan anda keluar membeli belah seminggu sekali dan mengelakkan anda daripada makan di luar. Namun, masih ramai yang tidak sedar bahawa dengan merancang masakan seminggu lebih awal boleh menjimatkan perbelanjaan anda.
Sebelum membuat senarai benda yang perlu dibeli, periksa terlebih dahulu apa yang anda sedia ada. Periksa berapa banyak lagi beras yang ada, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Catat bahan-bahan apa yang boleh digunakan dalam masakan anda.
Lepas itu, semasa di pasar raya, perhatikan harga promosi barang-barang yang anda rasa perlu. Jika anda mahu, anda boleh bandingkan harga setiap gerai.

3. Beli di Kedai Murah

Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barang-barangan dengan harga yang sangat murah. Barangan tersebut termasuklah dari barangan runcit sehingga pakaian.
Untuk pakaian, periksa kedai atau pasar raya yang sering memberikan potongan harga. Biasanya harga pakaian mudah untuk turun, terutama musim perayaan ataupun musim cuti sekolah. Oleh itu, ambillah peluang semasa harga turun untuk membeli pakaian.
Namun, anda juga perlu ingat bahawa harga yang murah sering diserasikan dengan kualiti yang tidak seberapa. Pastikan anda membuat keputusan yang bijak semasa memilih barangan yang mendapat potongan harga yang mendadak ataupun dijual dengan harga yang sangat murah.

4. Beli Secara Borong

Anda boleh mendapatkan sesuatu barang dengan harga yang jauh lebih murah (per unit) sekiranya anda membeli secara borong.
Kaedah ini sangat sesuai ke atas barangan bukan makanan seperti kertas tisu dan sebagainya. Untuk makanan pula, anda boleh membeli makanan yang boleh tahan lama seperti cereal, biskut dan mi segera – anda boleh berjimat dalam jangka masa yang lama
dengan cara ini.
Elakkan membeli makanan yang mudah rosak atau basi secara borong, sekira anda rasa tidak ada orang yang boleh menghabiskannya. Makanan ini termasuklah roti, buah-buahan, sayur dan daging. Pastikan anda membeli dengan jangka masa yang sesuai dengan keperluan anda.

Cara #2: Mengurangkan Bil

Bil boleh meningkat sekiranya anda tidak tahu menggunakannya secara berhemah. Ketahui beberapa cara untuk mengurangkan bil anda di bawah:

1. Cabut Plag Peralatan Jika Tidak Guna

Jika anda mendapati bil elektrik anda agak tinggi dengan apa yang anda bayar, apa kata mulai hari ini anda mencabut peralatan elektrik tersebut semasa anda tidak menggunakannya.
Peralatan elektrik dapur seperti pembakar roti, mesin kopi dan ketuhar perlu dicabut plag selepas digunakan. Walaupun ia tidak digunakan, ia masih mengambil sedikit tenaga elektrik dari plag rumah.
Peralatan eletronik yang lain juga merupakan penyumbang kepada bil elektrik yang banyak – ini termasuklah TV, komputer dan pengecas telefon. Peralatan tersebut tidak perlu disambung pada plag jika tidak digunakan.
Dan jika anda menggunakan pendingin hawa, pastikan anda memasangnya jika perlu sahaja, terutama semasa waktu tengah hari, semasa hari sangat panas. Jika keadaan sudah sejuk, jangan membukanya.

2. Jimatkan Penggunaan Air

Bil air juga mungkin membebankan orang jika tidak menggunakannya dengan baik. Pastikan anda tidak menggunakan air semasa memberus gigi, mandi terlalu lama, kurangkan penggunaan tab mandi, dan lain-lain.
Jika anda menggunakan mesin basuh, gunakan air paip biasa daripada menggunakan fungsi pemanas.

3. Batalkan Melanggan Televisyen

Jika anda ada melanggan sebarang perkhidmatan televisyen, dan anda tidak banyak menontonnya, sila pertimbangkan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut.
Namun, jika anda mendapat manfaat, sehingga merasakannya berbaloi, maka teruskan – jika tidak, kenapa perlu banyak untuk sesuatu yang anda tidak mendapat apa-apa?
Jika tidak melanggan perkhidmatan TV pun, anda masih boleh menonton siaran televisyen yang tidak berbayar seperti TV3, TV9 dan banyak lagi.

4. Bayar Bil Dengan Segera

Ini juga penting, pastikan anda tidak menangguh pembayaran bil. Hal ini untuk mengelakkan ianya tertunggak – boleh membebankan anda pada masa hadapan kerana jumlahnya besar.
Menangguh pembayaran bil juga menyukarkan anda merancang penggunaannya bulan depan. Contohnya, bulan ini anda mendapati bil air anda naik. Bulan depan anda kena merancang lebih baik, jimatkan penggunaan air agar jumlah bil boleh dikurangkan.

Cara #3: Kurangkan Menaiki Kenderaan Bermotor

Menaiki kenderaan bermotor memerlukan minyak, dan minyak sekali sekala harganya naikamalkan carpooling untuk jimatkan minyakdan jarang sekali turun. Ini boleh membebankan jika tidak merancang dengan baik. Ketahui bagaimana untuk berjimat minyak kenderaan di bawah:

1. Berjalan, Menaiki Basikal Ataupun Gunakan Pengangkutan Awam

Jika anda boleh mengelak daripada menggunakan kenderaan persendirian, adalah terbaik jika anda menggunakan kenderaan yang alternatif. Hal ini untuk menjimatkan penggunaan minyak yang semakin meningkat kian hari.
Jika anda tinggal berdekatan dengan tempat kerja anda, apa kata pergi dengan berjalan kaki ataupun berbasikal – lainlah kalau keadaan cuaca yang tidak menentu. Anda perlu ingat juga bahawa berjalan 20-30 minit setiap hari boleh dijadikan satu aktiviti fizikal dan baik untuk kesihatan anda.
Jika tempat tinggal anda mempunyai perkhidmatan bas, LRT dan KTM, apa kata anda memanfaatkannya. Menggunakan pengangkutan awam boleh menjimatkan duit minyak anda dengan banyak, malah anda boleh menyumbang kepada kebersihan udara juga.

2. Berkongsi Kenderaan (Carpool)

Berpakat dengan rakan sekerja untuk berkongsi kenderaan ke pejabat atau tempat kerja. Amalan ini biasanya diamalkan oleh pelajar universiti yang menyewa rumah di luar kampus. Dan kos minyak pula berkongsi semasa sendiri. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kos minyak kenderaan, sekurang-kurangnya separuh.

3. Isi Minyak Yang Biasa

Jika mahu berminyak, elakkan daripada mengisi minyak yang premium ataupun yang lebih mahal. Mengikut pakar kereta, anda tidak mendapat sebarang manfaat yang sangat ketara pun jika menggunakan minyak yang mahal – semua ini sekadar iklan daripada syarikat pengeluar minyak sahaja.
Lainlah kalau kereta anda hanya boleh berfungsi dengan minyak yang tertentu sahaja – biasanya kereta yang mahal (sudah keluar topik ni).

Cara #4: Berjimat Semasa Berhibur

Berhibur atau meluangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan tidak semesti kena mahal. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk berjimat:

1. Berhemah Semasa Keluar Dengan Kawan

Jika anda jenis yang suka keluar bersama rakan-rakan, anda bleh mengamalkan beberapa perkara di bawah:
i. Mahu menonton movie bersama? Apa kata menyaksikan movie-movie yang bukan trending. Biasanya tiket lebih murah berbanding dengan movie yang sedang trending.
ii. Mahu keluar makan? Pesan air masak/kosong berbanding dengan memesan teh tarik ataupun jus segar. Mungkin anda rasa, alah RM1 atau RM2 je, tetapi kalau anda keluar makan dengan kerap, dan setiap kali keluar mesti membeli air tersebut, kosnya akan bertimbun juga.
iii. Pergi tempat yang murah. Bukan semua kedai/gerai menyediakan makanan dengan harga yang sama. Terdapat juga kedai yang menjual dengan harga yang murah dan ada juga yang mahal. Oleh itu, sebagai pengguna anda perlu pandai memilih.

2. Pinjam Buku ataupun DVD

Kadang kala kita berbelanja benda yang anda hanya menggunakannya untuk sekali sahaja, seperti buku dan menonton DVD. Oleh itu, apa kata anda mula mengamalkan pinjam meminjam daripada rakan-rakan.
Untuk lebih adil, anda boleh bertukar-tukar buku dan DVD – agihkan setiap orang beli satu buku/DVD dan setiap bulan bertukar- tukar. Dengan ini, anda boleh berjimat tanpa kurangkan sebarang manfaat.

Kesimpulan

Berjimat dalam kehidupan seharianbukanlah sukar, ia perlukan dedikasi dan rendahkan taraf anda. Jika anda rasakan tidak mampu memiliki sesuatu, jangan beli atau berbelanja.
Terdapat banyak lagi cara yang anda boleh lakukan, bukannya terhap kepada apa yang tercatat di atas sahaja. Konsepnya adalah; jika tidak perlu, jangan berbelanja. Jika ada peluang untuk mendapatkannya dengan lebih murah, manfaatkan.
Harap artikel ini membantu anda dalam berjimat dari hari ke hari.

0 comment... add one now