12 Nama Skim Pelaburan Tidak Sah Oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Orang kita mudah terpengaruh dengan pujukan iklan Skim Cepat Kaya, tetapi akhirnya menjadi kayap. Mula-mula biasanya sedap, lama-lama ranap. Impian yang diimpikan menjadi mimpi kerana buta ditabur janji manis dengan harapan untuk menjadi ‘I’m Millionaire’ over the world.
Tapi sayang, sampai satu tahap terperangkap dengan kerugian sesuatu pelaburan di atas pilihan memilih jalan yang salah, padahal negara kita sudah diuar-uarkan kesan dan akibatnya serta turut diberi peringatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebagai pelabur yang bijak, antara benda asas yang perlu tahu adalah latar belakang pelaburan, syarikat adakah berlesen atau tidak dan cara pengurusan keuntungan.
Jangan main terjah sahaja, akhirnya badan binasa.
Nama-nama pelaburan tidak sah yang terkini dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia sehingga Mac 2016 adalah:
  1. Ostim Academy
  2. Safeena Gold Gallery
  3. DBB Star Sdn Bhd
  4. Aziera Gold Enterprise (NS0133976-K)
  5. GGT Golds Sdn Bhd
  6. Global Golds Trading
  7. Triple One Management Pte Ltd (T1FX)
    http://www.t1fx.com
  8. HiFX Asia
  9. Mecca Fund Global
  10. Highway Group Resources
  11. HG Resources Sdn Bhd
  12. Zenith Gold International Limited
    http://www.zenithgolds.com
    http://zenithgoldrocks.wordpress.com
    http://zenithgoldpowerteam.blogspot.my
    https://www.facebook.com/zenithgolddotcom
Inilah 12 daripada 182 pelaburan yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Skim-skim ini biasanya bersembunyi disebalik pelaburan emas dan perniagaan mata wang asing.
Boleh dapatkan senarai 182 pelaburan diPortal Rasmi Bank Negara Malaysia.

Jadi, jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar wang, kereta mewah yang mempesona. Jangan sampai tersontot, baik lari jauh-jauh!

12 Nama Skim Pelaburan Tidak Sah Oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

0 comment... add one now