10 Syarikat penerbangan paling terbaik dan selamat di dunia

Berbalik kepada industri penerbangan di seluruh dunia, untuk menjadi syarikat yang terhebat serta mampu merajai hati para penumpang, ianya bukan sesuatu yang mudah. Mereka perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik, selamat dan lancar sebelum, ketika serta selepas penerbangan.

#1 – Qatar Airways

qatar airways
Diasaskan pada 22 November 1993 dan memulakan operasinya pada 20 Januari 1994, Qatar Airways merupakan antara syarikat penerbangan yang terunggul di dunia.
Syarikat penerbangan ini menawarkan pakej mewah (deluxe first), kelas bisnes serta kelas ekonomi. Mereka amat mementingkan keselesaan pelanggan walaupun pelanggan membayar untuk terbang di kelas ekonomi.

#2 – Asiana Airlines

asiana airlines
Asiana Airlines merupakan sebahagian daripada pasukan penerbangan Star Alliance yang pernah mendapat pengiktirafan tertinggi oleh Skytrax dalam beberapa tahun ini.
Diasaskan pada tahun 17 Februari 1988 dan beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan ini, Asiana Airlines telah menjadi antara pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mencari pengalaman penerbangan yang hebat dan selesa.
#3 – Singapore Airlines
singapore airline
Diasaskan sebagai Malayan Airways pada 1 Mei 1947, Singapore Airlines ini memulakan operasinya secara rasmi pada 1 oktober 1972 di Lapangan Terbang Changi Singapura.
Pada Disember 2012, pihak USA Today melaporkan bahawa Singapore Airlines telah diisytiharkan sebagai syarikat penerbangan kedua terbesar di dunia melalui modal pasaran oleh International Air Transport Association (ATA).

#4 – Cathay Pacific Airways

cathay pacific
Cathay Pacific Airlines ini merupakan sebahagian daripada pakatan Oneworld. Syarikat ini merupakan syarikat penerbangan ketiga terbesar di dunia dari segi modal pasaran.
Diasaskan pada 24 September 1946, Cathay Pacific Airways yang berpangkalan di Hong Kong, telah menjadi lebih berprestij daripada sebelumnya kerana ia beroperasi semasa Hong Kong masih lagi dalam jajahan British.

#5 – ANA All Nippon Airways

ANA All Nippon Airways
Diasaskan pada 27 Disember 1952 berpusat di Minato Japan, perkhidmatan antarabangsa All Nippon Airways ini meningkat 22% pada tahun 2010 dan kini mempunyai armada yang mampu memuatkan 180 penumpang.
Kebangkitan Jepun sangat pesat sebelum China dan Jepun masih lagi merupakan antara bandar yang paling urban di dunia dengan indeks matawang yang stabil. Syarikat penerbangan ini menawarkan penerbangan ke seluruh dunia.

#6 – Easyjet

easyjet
Easyjet yang diasaskan pada tahun 1995, merupakan syarikat penerbangan British yang berpusat di London Luton Airport United Kingdom.
Syarikat ini merevolusikan seluruh industri penerbangan Eropah dengan tawaran percutian popular ke destinasi perlancongan seperti Itali, Sepanyol, Greece dan Turki dengan harga yang rendah dan berbaloi.

#7 – British Airways

british airways
Diasaskan pada 31 Mac 1974 selepas penggabungan 2 syarikat penerbangan tempatan, British Airways merupakan antara syarikat penerbangan yang paling berprestij serta paling dipercayai di seluruh dunia.
Sejak awal penubuhannya lagi, syarikat penerbangan ini amat mementingkan setiap perkhidmatannya dengan sikap petugas yang mesra, makanan serta minuman yang terbaik serta mempunyai hiburan yang lengkap agar penerbangan anda lancar dan selesa.

#8 – Virgin Air (Virgin Atlantic)

virgin air
Virgin Air ataupun dikenali sebagai Virgin Atlantic merupakan sebuah lagi syarikat penerbangan British dan sebahagian daripada Virgin Group milik bilionaire terkemuka dunia, Sir Richard Branson.
Mula beroperasi pada 22 jun 1984, Virgin Atlantic yang berpusat di Crawley, United Kingdom ini perkhidmatan yang terbaik serta menyeronokkan para penumpang. Ia turut menawarkan penerbangan ke pelbagai destinasi dengan tempat duduk yang sangat selesa.

#9 – Lufthansa

 lufthansa
Diasaskan pada tahun 1926 dan mula operasi secara rasmi pada tahun 1954, Lufthansa yang berpusat di Jerman ini merupakan antara syarikat terbesar di Eropah. Ia juga merupakan antara syarikat penerbangan yang paling selamat di dunia.
Lufthansa berjaya mengatasi krisis ekonomi global pada tahun 2008 dengan jayanya. Sebagai pengasas bersama Star Alliance, pakatan syarikat penerbangan terbesar di dunia, Lufthansa dilaporkan menerima lebih 100 juta penumpang setiap tahun ke 18 destinasi seluruh Jerman dan ke lebih 190 destinasi antarabangsa.

#10 – Ryanair

ryan air
Ryanair yang mula beroperasi pada tahun 1985, merupakan syarikat penerbangan kos rendah di Ireland yang berpangkalan di Dublin Airport. Ia merupakan antara syarikat penerbangan yang mengikut konsep seperti Easyjet.
Syarikat penerbangan ini menawarkan penerbangan satu hala serendah 1 Pound Great Britain yang mengenakan caj tambahan sebanyak 20 pound untuk beg pakaian yang melebihi berat yang ditetapkan.
Kesimpulannya, untuk menjadi syarikat penerbangan yang terbaik di mata pelanggan tidak semestinya hanya menawarkan harga tambang yang murah semata, pihak syarikat penerbangan perlu juga mengambil perhatian aspek keselesaan serta keselamatan penumpang agar perjalanan lancar dan menghiburkan.

0 comment... add one now