10 Senarai pemain bolasepak terkaya dan ternilai dunia tahun 2015

Kerjaya sebagai pemain bolasepak profesional menjanjikan hasil pendapatan atau gaji yang lumayan. Menurut senarai terbaru dan terkini Goal.com Rich List, Cristiano Ronaldo masih mampu bertahan untuk terus mencipta nama sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi mencecah sehingga £152 juta meninggalkan musuh ketatnya, Lionel Messi hanya mencatatkan £145 juta. 

Prestasi cemerlang Cristiano pada 2014 menjadi inspirasi kepada kejayaan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dan pada masa sama memenangi anugerah Ballon d'Or.

Kekayaan peribadinya semakin bertambah dan meletakkan jurang yang besar antara pemain Barcelona dan Argentina tersebut.

Tajaan serta gaji dan bonus menyebabkan mereka menjadi pemain yang memperoleh jumlah bayaran tertinggi dan diikuti oleh Neymar Jr. yang tersenarai di tempat ketiga dalam kekayaan peribadi sebanyak £97.9 juta.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint-German (PSG) yang juga merupakan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic memiliki kekayaan peribadi sebanyak £76.1 juta.

Kedudukan seterusnya diikuti oleh pemain Manchester United, Wayne Rooney yang merupakan pemain Liga Perdana Inggeris menerima gaji tertinggi  dengan kekayaan peribadi mencecah £74.6 juta.

Senarai Pemain Bolasepak Terkaya Dunia 2015

Bagi bintang Brazil, Kaka, pula menghuni tempat keenam dalam senarai tersebut dengan kekayaan sebanyak  £69.6 juta sejak memulakan kariernya bersama kelab Orlando City dalam Major League Soccer diikuti oleh Samuel Eto'o (£63.1 juta), Raul (£61.6 juta) dan Ronaldinho (£ 60,2 juta).

Bekas pemain tengah England, Frank Lampard yang mewakili Manchester City musim lalu memperoleh kekayaan peribadi sebanyak £58 juta.

Manakala, bagi pemain Liga Perdana Inggeris yang lain dalam kelompok 20 teratas adalah Rio Ferdinand (£52.2 juta), Steven Gerrard ( £46.4 juta) dan John Terry (£ 40.6 juta).

Sementara itu, Yaya Toure (£44.9 juta) dan Sergio Aguero (£ 42 juta) merupakan antara pemain Manchester City yang menduduki kelompok 20 pemain bola sepak terkaya di dunia - mStar online


Senarai Pemain Bolasepak Terkaya Dunia 2015  
1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) - £152 juta
2. Lionel Messi (Barcelona) - £145 juta
3. Neymar Jr (Barcelona) - £97.9 juta
4. Zlatan Ibrahimovic (PSG) - £76.1 juta
5. Wayne Rooney (Man United) - £74.6 juta
6. Kaka (Orlando City) - £69.6 juta
7. Samuel Eto'o - £63.1 juta
8. Raul - £61.6 juta 
9. Ronaldinho - £ 60.2 juta
10. Lampard -  £58 juta 

0 comment... add one now