10 Sebab rakyat Malaysia fobia dengan jenama Proton

Jenama Proton memang tidak asing buat semua rakyat Malaysia. Sejak dilancarkan pada 1984, kini Proton sudah memiliki banyak model untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Selain Proton, rakyat Malaysia turut berbangga dengan pencapaian Perodua. Namun berbeza dengan Perodua, nampaknya ramai yang agak fobia dengan jenama Proton.Kenapa?

Tidak dinafikan, Proton turut mencatatkan jualan yang tinggi untuk beberapa modelnya dan mereka mampu bersaing dengan Perodua dan juga jenama import yang lain. Tidak dinafikan juga, ramai pengguna Proton termasuklah ammboi sendiri.
Kenapa beli Proton?
10 SEBAB KENAPA RAKYAT MALAYSIA FOBIA DENGAN JENAMA PROTON
Cuma sekali lagi ammboi tak mahu nafikan, sering sahaja kedengaran kata-kata negatif mengenai Proton. Ada sahaja yang tidak kena dengan produk mereka dan ia membuatkan kalangan bakal ‘pembeli’ jenama Proton ragu dan gusar dengan keputusan mereka. Kenapa masih nak beli Proton?
Berdasarkan daripada pendapat peribadi ammboi, ada 10 sebab kenapa rakyat Malaysia fobia dengan jenama Proton sebagaimana yang ammboi senaraikan dibawah:
1 – Harga – Faktor harga antara yang pertama sekali ammboi senaraikan. Berdasarkan kepada pemerhatian ammboi, harga untuk model popular seperti Exora, Preve, Inspira, Saga dan beberapa model lain boleh dianggap mahal dan perlu bersaing dengan beberapa jenama lain. Kalau dibuat perbandingan model Proton RM70k dengan model import dengan harga jualan yang sama memang tak adillah kerana cukai yang dikenakan adalah berbeza.
2 – Kualiti – Wow! Ini antara topik yang sering berkumandang kalau sebut mengenai Proton. Ada sahaja isu berkaitan kualiti dalam pengeluaran produk mereka. Ramai yang mempertikaikan dan mendakwa bahan yang kurang berkualiti digunakan. Ia bagai tidak seiring dengan harga yang Proton tawarkan!
3 – Rosak – Masalah power window? Getah pintu? Meter minyak rosak? Kalau untuk model sebelum ini memang ada yang mengadu letih dah nak melayan… Model baru macam mana? Sekarang Proton tawarkan waranti untuk beberapa model baru bagi masalah diatas asalkan anda komited servis di pusat servis Proton yang berdaftar.
4 – Pusat Servis – Khidmat di pusat servis yang agak mengecewakan dan membebankan. Banyak juga cerita negatif yang disebarkan. Ammboi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Yalah, pakai sebijik Proton ni pun dah lama tak servis di Proton Service Centre.
5 – Alat Ganti – Harga alat ganti ‘original’ dari Proton dan di pusat servis Proton memang mahal melampau. Pernah tukar alat ganti untuk power window dengan harga yang lebih mahal 50% lebih mahal berbanding kedai biasa sedangkan ia adalah alat ganti yang sama dan didakwa original oleh kedua-dua pihak.
6 – Persepsi – Ini juga faktor yang membuatkan ramai orang fobia. Selalu kedengaran cerita negatif mengenai Proton. Iyalah, kalau ada bangkai kereta yang terbakar atau hangus di tepi jalan pastinya ada membuat spekulasi sesama sendiri “Itu mesti Proton”. Siapa tak berasa gerun kan?
7 – Rekabentuk – Tak dinafikan rekabentuk beberapa model baru Proton memang ada penambahbaikan dan semakin menarik. Namun masih ramai yang kata tak menarik. Mungkin akan ada yang tawar hati bila ada yang selalu kutuk rupa bentuk kereta keluaran Proton.
8 – Prestasi – Macam mana pula dengan prestasi? Ini yang selalu ditanyakan oleh sahabat handai, rakan taulan, saudara mara dan orang ramai kepada pembeli kereta baru Proton. Adakah anda berpuas hati? Macam mana pula dengan penggunaan bahan api? Selalu ada jawapan meragukan dari pembeli kenderaan Proton. Mungkin ada yang mahu cuba yakinkan bahawasanya mereka berpuas hati, tetapi tidak dinafikan mereka selalu jawab sedang-sedang sahaja. Mungkin malu atau merendah diri… Itulah yang menjadikan fobia orang ramai masih mendalam…
9 – Keselesaan – Bab mengenai keselesaan ni susah nak cakap. Selalu juga jadi persoalan. Mengenai pengendalian, pemanduan, tempat duduk, dan sebagainya.
10 – Keselamatan – Soal keselamatan pula ammboi dikhabarkan pihak Proton sudah sedaya upaya meningkatkan tahap keselamatan kenderaan keluaran mereka. Ada yang sudah berjaya mendapat beberapa anugerah dari aspek berkenaan. Namun sejauh mana keberkesanannya?
Itu sahaja senarai yang ammboi ada setakat ini. Bukan kritik semata, jauh disudut hati ammboi berharap pihak Proton peka dengan rungutan pengguna dan luahan kecewa mereka mengenai kenderaan keluaran Proton termasuklah senarai diatas mengenai 10 sebab kenapa rakyat Malaysia fobia dengan jenama Proton. Jangan hanya pandai ‘buat’ tapi tak bertanggungjawab.
10 SEBAB KENAPA RAKYAT MALAYSIA FOBIA DENGAN JENAMA PROTON 2
Dari pengamatan sejak kebelakangan ini, Proton sudah berusaha untuk memulihkan imej mereka dengan mengeluarkan produk baru yang lebih berkualiti. Antarannya model terbaru Proton Iriz, Preve, Suprima, Exora Bold dan Saga Plus (harga murah dengan pakej yang lebih menarik). Nak juga dengar apa kata pembeli Proton baru kat sini. Cer citer cer citer…

0 comment... add one now