10 Sebab kenapa Kia Sorento versi terbaharu sangat menarik dan mantap!







Dengan jualan melebihi 450,000 unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan setahun lalu, akhirnya Naza Kia akan membawa masuk model SUV 7-duduk versi terbaharu Kia Sorento.
Bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini, Kia Sorento ini dianggap sangat menarik. Di bawah ialah sebab-sebab kenapa anda perlu letakkan Kia Sorento di dalam senarai kenderaan idaman anda:
  1. Ia sebuah kereta keluarga yang stailo kerana ia mempunyai 7 tempat duduk
  2. Ia datang lengkap dengan roda aloi 19-inci
  3. Bahagian kabin menggunakan bahan yang berkualiti dan premium
  4. Ia sangat cerdik! Kia Sorento baharu datang dengan sistem parking yang inovatif, pembuka pintu but elektrik dan sistem komputer untuk bacaan tekanan udara tayar
  5. Ia lengkap dengan pelindung suria untuk cermin belakang
  6. Dari segi keselamatan, ia ada enam beg udara dan pelbagai ciri keselamatan elektronik seperti Vehicle Stability Management, Electronic Stability Control, Anti-lock Braking System dan Hill Start Assist dan banyak lagi
  7. Ia ada dua pilihan enjin, petrol atau diesel
  8. Ia memenangi pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Anugerah Produk dari Red Dot Awards, iF Deisgn Awards, dinobat sebagai SUV saiz pertengahan dengan kualiti terbaik oleh JD Powers, SUV of the year oleh Road&Track iCOTY dan banyak lagi
  9. Ia menawarkan keselesaan dan keyakinan pemanduan yang jauh lebih baik dari SUV yang berdasarkan trak pikap seperti Mitsubishi Pajero Sports, Toyota Fortuner, Ford Everest dan Isuzu MuX.
  10. Harganya bermula hanya dari RM158,000 (atas jalan), jauh lebih rendah dari SUV-SUV tadi.
Kia Sorento baharu kini telah pun dibuka untuk temapahan. Tempah sekarang jika anda tidak mahu menunggu lama, dan supaya sempat anda balik kampung beraya bersama Sorento terbaharu!

0 comment... add one now