10 Sebab kenapa ada individu lebih suka travel secara 'solo' bersendirian

Kenapa bagi sorang traveller lebih gemar melancong solo?

1. Anda akan lebih mengenali diri anda

Anda akan lebih mengenali diri anda
Pilihan terpulang kepada anda, mahu memilih travel secara solo, duo, trio atau berkumpulan. Tapi pernah tak anda terfikir kenapa ada sesetengah individu lebih suka mengembara secara 'solo' bersendirian? Ini sebabnya.
Anda lebih mengenali diri anda. Ya, sudah pasti, mengembara seorang diri tanpa teman buat anda lebih mengenali diri anda. Apabila mula membuka langkah untuk berjalan, anda akan berhadapan dengan setiap keputusan yang dibuat.
Mengembara temukan anda dengan pengalaman-pengalaman yang berharga, dan disitu anda tahu setakat mana anda mampu mencabar diri sendiri dari segi fizikal dan mental.

2. Anda berani keluar dari zon selesa

Anda berani keluar dari zon selesa
Anda berani keluar dari 'comfort zone' zon selesa terutama bila pergi ke tempat-tempat yang pelik atau berisiko.
Disitu anda akan belajar dari setiap keputusan yang dibuat, baik atau tidak. Siapa yang tidak sayangkan diri sendiri bukan? Hidup hanya sekali, cara ini buat anda lebih menghargai kehidupan anda.

3. Ia lebih murah dan jimat

Ia lebih murah dan jimat
Mengembara secara solo sebenarnya lebih jimat! Ini bukan soal berkongsi kos penginapan, tetapi tentang perancangan dan bajet untuk diri sendiri. Lebih mudah, anda bebas membuat keputusan tanpa perlu menjaga hati orang lain.

4. Anda dapat banyak kawan baru

Anda dapat banyak kawan baru
Mengembara secara solo tidak bermaksud anda pasti keseorangan. Percayalah, apabila anda mengambil keputusan untuk mengembara berseorangan, ini jadikan anda lebih mesra dan pandai bergaul, terutama dalam bab mencari kawan.

5. Anda memilih haluan anda sendiri

Anda memilih haluan anda sendiri
Anda membuat keputusan kemana arah tuju anda. Bebas merancang kemana destinasi yang ingin anda pergi. Biasanya bila mengembara dengan kumpulan, masalah perbezaan pendapat adalah perkara biasa.
Ada orang suka pergi ke pulau, tempat membeli-belah, berjalan di 'street' atau duduk bergaul dengan masyarakat setempat. Pengalaman anda, biar anda tentukan dan selalunya anda tidak kisah dengan gambar-gambar yang dimuat naik dilaman sosial, kalau boleh tempat yang anda mahu pergi biarlah lebih menarik dari orang lain.
Betulkan? 

6. Belajar untuk percaya dan bergantung pada diri sendiri

Belajar untuk percaya dan bergantung pada diri sendiri
Pergi mengembara sebenarnya mengajar anda bagaimana untuk bergantung pada diri sendiri bukanya pada orang lain. Ketika berhadapan dalam keadaan yang sukar, anda belajar kenapa pentingya setiap keputusan yang dibuat, lebih tepat percaya pada diri sendiri.
Membuat keputusan yang terbaik, tetapi tetap bersedia berhadapan dengan situasi yang mungkin sangat teruk!

7. Meningkatkan keyakinan diri sendiri

Meningkatkan keyakinan diri sendiri
Berjalan bersendiri buat anda lebih yakin dengan diri sendiri. Ini kerana pengalaman mencabar had dan keupayaan anda dalam mengatasi setiap halangan. Untuk mencapai impian, kita mesti terus melangkah kehadapan! Yeah.

8. Pengalaman yang baik

Pengalaman yang baik
Walaupun sepahit mana pengalaman anda ketika mengembara, ia tetap sesuatu yang baik! Anda berani mencabar diri sendiri untuk teroka tempat-tempat yang menarik di seluruh dunia. Bak kat pengembara, lebih mencabar itulah yang lebih seronok.

9. Anda mula cinta diri sendiri

Anda mula cinta diri sendiri
Yuhooo, anda lebih bahagia dengan diri sendiri dan mula tidak kisah jika ada individu yang cuba menilai siapa diri anda. Apa pun kata mereka, anda tahu bahawa "saya lebih kenal siapa saya".
Orang yang paling hampir dengan anda setiap hari adalah diri anda sendiri, itu membuatkan anda lebih cinta kepada diri sendiri.

10. Anda jadi seorang yang positif dan berfikiran terbuka

Anda jadi seorang yang positif dan berfikiran terbuka
Pengalaman mengajar anda tentang apa itu kehidupan. Melihat dunia luar juga rezeki ilmu. Anda banyak melihat dan belajar daripada setiap perkara yang dilalui,  itu membuatkan anda mempunyai banyak pandangan dalam menentukan keputusan.
Anda menjadi seorang yang berhati mulia, anda lebih suka senyum dari berkata-kata dan anda sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik setiap hari.
Apa lagi? Pack  barang dan jom mengembara!

1 comment... add one now

Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie Mei 16, 2016
tapi pastikan belajar dan buat persiapan sebelum travel.. terutama wanita