10 Pesawat tempur termahal dan tercanggih yang dimiliki Amerika Syarikat

Kalau anda nak tahu 10 pesawat tempur yang dimiliki Amerika Syarikat merupakan yang tercanggih dan termahal di dunia. Kesemua pesawat ini adalah pesawat militer di mana terdapat pesawat jet tempur, helikopter, pesawat angkut dan pesawat pengebom yang mempunyai pelbagai fungsi ketika di medan perang.

1) PESAWAT TEMPUR SILUMAN B-2 SPIRIT:$2,400,000,000

  Gambar Pesawat Tempur Siluman B-2 Spirit



Northrop Grumman B-2 Spirit adalah pesawat perang berteknologi stealth yang digunakan untuk pengeboman (Stealth Bomber). Pesawat yang dibuat daripada bahan thermoplastic itu,dipakai oleh Angkatan Perang Udara AS. Kelebihan B-2 adalah mampu menembus perisai pertahanan udara (radar) yang canggih. Pesawat ini dengan harga USD $2,400,000,000 mempunyai teknologi canggih sulit untuk dideteksi melalui inframerah, akustik, sinyal elektomagnetik, visual dan radar. Oleh sebab kecanggihannya itu, maka B-2 telah dikerahkan ke Iraq dan Afghanistan sejak tahun 1993 untuk digunakan.

2) PESAWAT TEMPUR F-22 RAPTOR:$350,000,000

Gambar Pesawat Tempur F-22 Raptor



F-22 Raptor adalah pesawat tempur siluman buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini awalnya direncanakan untuk dijadikan pesawat tempur superioridas udara untuk digunakan menghadapi pesawat tempur Uni Soviet, tetapi pesawat ini juga dilengkapi peralatan untuk serangan darat, peperangan elektronik dan sinyal intelijen.

3) PESAWAT TEMPUR C17A  GLOBEMASTER III :$328,000,000

Gambar Pesawat Militer C17A Globemaster III



C-17 Globemaster III adalah sebuah pesawat angkut militer Amerika Serikat yang diproduksi oleh Boeing Integrated Defense Systems dan dioperasi oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat, Angkatan Udara Britania Raya dan Angkatan Udara Australia.

4) PESAWAT MILITER P-8A POSEIDON:$290,000,000





P-8A Poseidon merupakan perbaharuan dari Boeing jet 737 dan akan digunakan oeh angkatan laut untuk perang anti-selam serta mengumpul data intelijen. Pesawat ini dapat membawa torpedo, rudal dan lainnya.

5) HELIKOPTER LOCKHEED MARTIN VH-71 KESTREL:$241,000,000





Lockheed Martin VH-71 Kestrel merupakan varian dari Agusta Westland AW101(sebelumnya EH101) yang sedang dikembangkan untuk menggantikan armada transportasi Presiden AS Korps Marinir'Amerika Serikat Marine One.

Baca di sini : 10 helikopter tempur tercanggih dan termahal dunia

6) PESAWAT MILITER NORTHROP GRUMMAN E-2D HAWKEYE:$232,000,000





Grumman E-2 Hawkeye adalah sebuah pesawat kawalan dan amaran awal udara yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat.

7) PESAWAT TEMPUR LOCKHEED MARTIN F-35 LIGHTNING II:$122,000,000

 



Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal dan mempunyai pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal dan penguasaan udara. F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35 yang merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter.

8) PESAWAT MILITER V-22 OSPREY:$118,000,000





V-22 Osprey merupakan sebuah pesawat udara tentera pelbagai misi yang memiliki rotor condong. Ia memiliki keupayaan untuk berlepas dan mendarat secara menegak dan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek. Osprey telah direka untuk melaksanakan misi-misi seperti sebuah helikopter konvensional dengan jarak lebih jauh dan berkeupayaan untuk meluncur pada kelajuan tinggi seperti sebuah pesawat turbin bebaling.

9) PESAWAT TEMPUR EA-18G GROWLER:$102,000,000





Boeing EA-18G Growler merupakan sebuah pesawat terbitan daripada F/A-18F Super Hornet versi peperangan elektronik. Ia memiliki dua tempat duduk dan dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat ini akan menggantikan penggunaan pesawat EA-6B Prowler yang kini masih digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

10) PESAWAT TEMPUR F/A-18 HORNET:$94,000,000





Boeing F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran di darat mahupun di udara. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan laut, SEAD, menguatkuasa larangan udara, sokongan udara dekat dan pengawasan. Malaysia turut memiliki 8 buah pesawat ini dengan tujuan untuk versi serangan malam.

1 comment... add one now

timm bill timm bill Mei 22, 2016
teringat cerita London Has Fallen pulak..