10 Pelakon pernah membawa dua watak berbeza adiwira di layar perak


Tahukah anda pelakon-pelakon ini pernah membawa beberapa watak adiwira?
Tahun 2016 tidak dapat dinafikan sebagai tahun adiwira dengan pawagam dibanjiri dengan filem-filem seperti "Deadpool", "Batman v Superman: Dawn of Justice", "Captain America: Civil War" dan ramai lagi yang akan datang.

Sebut sahaja nama-nama pelakon yang membawa watak adiwira dan pastinya peminat sudah tahu siapa pelakon itu. Sebagai contoh Captain America pastinya ramai akan membayangkan Chris Evans dan untuk Deadpool, Ryan Reynolds.

Bagaimanapun, sebelum kesemua pelakon ini dikenali menerusi watak adiwira popular mereka, ada di kalangan mereka yang sebelum itu pernah membawa watak sebagai adiwira yang lain.

Oleh itu, jom lihat sepuluh pelakon yang pernah membawa dua watak berbeza adiwira di layar perak.
Ryan Reynolds (Green Lantern / Deadpool)
Pelakon berusia 39 tahun dari Kanada ini pernah memegang watak anti-adiwira (sebenarnya masih dikira adiwira) Deadpool pada tahun 2009 dalam "X-Men Origins: Wolverine". Bagaimanapun, ia tidak memberi impak berbanding wataknya sebagai "Green Lantern" pada tahun 2011. Malangnya, walaupun lakonannya dipuji, tetapi filem tersebut gagal dalam carta box office. Zaman adiwiranya akan berakhir sekiranya dia tidak diberi peluang dalam filem "Deadpool" tahun ini yang mana telah berjaya melonjak namanya menjadi pelakon adiwira kelas A.
Ben Affleck (Daredevil / Batman)
Ini adalah seorang lagi pelakon yang adiwira yang semakin memuncak selepas gagal dalam filem adiwira pertamanya. Ben Affleck pernah muncul dengan watak adiwira dalam "Daredevil" yang diriliskan pada tahun 2013, namun tidak banyak yang diperkatakan mengenainya. Apabila muncul berita mengenai pelakon berusia 43 tahun itu membawa watak Batman, ramai yang skeptikal dengan pemilihan itu. Tetapi Batfleck berjaya membuktikan pengkritiknya salah. Disebalik pelbagai reaksi mengenai "Batman v Superman: Dawn of Justice", watak Batman yang dipegang Affleck tidak akan ditukar untuk filem akan datang iaitu "Suicide Squad" dan "Justice League Part One".
Chris Evans (Human Torch / Captain America)
Sebelum membawa watak Captain America, Chris Evans merupakan salah seorang adiwira dalam "Fantastic Four" pada tahun 2005 dan juga sekuelnya pada tahun 2007. Dalam filem tersebut, Chris membawa watak sebagai Johnny Storm a.k.a Human Torch. Sejak itu, pelakon berusia 34 tahun itu telah beralih kepada Captain America pada tahun 2011 menerusi "Captain America: The First Avenger". Chris sekarang muncul dengan filem ketujuh adiwiranya menerusi "Captain America: Civil War".
Ellen Page (Shadowcat / Boltie)
Ellen Page membawa watak adiwira pertamanya pada tahun 2006 menerusi filem "X-Men: The Last Stand" dengan menjayakan watak Kitty Pryde a.k.a Shadowcat. Peakon berusia 29 tahun itu kemudian sekali lagi muncul dengan watak sama dalam filem "X-Men: Days of Future Past" pada tahun 2014. Diantara kedua-dua filem itu, Ellen juga berlakon dalam sebuah lagi filem adiwira sebagai Libby a.k.a Boltie menerusi arahan James Gunn ("Guardians of the Galaxy") dan drama komedi hitam adiwira, "Super" (2010).
Aaron Taylor-Johnson (Kick-Ass / Quicksilver)
Bercakap mengenai "Super", tahun yang sama menyaksikan filem adiwira tanpa kuasa "Kick-Ass" turut diriliskan yang mana sehingga kini merupakan filem paling berjaya dalam genre ini. Dibintangi oleh Aaron Taylor-Johnson sebagai adiwira yang memegang watak sebagai Dave Lizewski, pelakon kacukan British-Amerika ini sekali lagi tampil dalam sekuel "Kick-Ass 2" pada tahun 2013. Tahun berikutnya Aaron muncul pula dengan watak Marvel's Quicksilver dalam filem "Captain America: The Winter Soldier". Pelakon Inggeris berusia 25 tahun itu kemudian sekali muncul dalam filem "Avengers: Age of Ultron" pada tahun 2015 dengan watak sama.
Samuel L. Jackson (Frozone / Nick Fury)
Walaupun tidak mempunyai kuasa luar biasa, Nick Fury secara teknikalnya mengawal kesemua adiwira-adiwira sebagai pengarah S.H.I.E.L.D – yang boleh dikatakan kuasa paling hebat. Tiada pelakon lain yang paling sesuai untuk membawa watak tersebut melainkan Samuel L. Jackson yang mana pelakon berusia 67 tahun itu akan membawa watak tersebut dalam tiga lagi filem dalam Marvel Cinematic Universe. Bagaimanapun, sebelum dia menyarung jaket kulit hitam dengan penutup mata sebelah, Samuel pernah menyumbang suara dalam animasi adiwira sebagai Lucius Best a.k.a Frozone pada tahun 2004 dalam "The Incredibles".
Doug Jones (Abe Sapien / Silver Surfer)
Doug Jones pernah membawa dua watak adiwira di layar perak, tetapi namanya kurang menyerlah. Kali pertama pelakon berusia 55 tahun itu membawa watak adiwira adalah Abraham "Abe" Sapien, dalam "Hellboy". Tetapi dia tidak menggunakan suaranya yang mana ia menggunakan suara David Hyde Pierce. Watak adiwira keduanya pula adalah Norrin Radd a.k.a The Silver Surfer pada tahun 2007 menerusi filem "Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer" yang mana sekali lagi suaranya tidak digunakan, sebaliknya menggunakan suara Laurence Fishburne. Dia hanya menggunakan suaranya dalam filem kedua "Hellboy II: The Golden Army" pada tahun 2008.
Halle Berry (Catwoman / Storm)
Daripada dua watak adiwira yang pernah dibawa oleh Halle Berry, salah satunya pernah hampir membunuh kerjaya pemenang Anugerah Academy ini. Halle memulakan kerjaya adiwiranya pada tahun 2000 menerusi watak Ororo Munroe a.k.a Strom dalam "X-Men". Dia kemudian kembali dengan watak sama untuk tiga lagi filem pada tahun 2003 "X2: X-Men United", "X-Men: The Last Stand" (2006) dan "X-Men: Days of Future Past" (2014). Dia juga pernah membawa watak sebagai "Catwoman" pada tahun 2004.
Brandon Routh (Superman / Atom)
Brandon Routh merupakan pelakon yang pernah membawa watak adiwira ikonik Superman. Walaupun wataknya sebagai adiwira tidak mendapat sambutan terutamanya daripada peminat dalam filem "Superman Returns" pada tahun 2006, namun dia berjaya memenangi anugerah untuk watak yang dibawanya. Brandon kemudian membawa kerjaya adiwiranya ke skrin TV dengan membawa watak sebagai Ray Palmer a.k.a Atom dalam siri TV "Arrow" (2014). Pelakon berusia 36 tahun itu kini meraikan kejayaan 'Atomic' apabila dia sekali lagi muncul dengan watak adiwira dalam siri TV "Flash" (2015) dan dalam "Legends of Tomorrow".
Nicolas Cage (Ghost Rider / Big Daddy)
Nicholas Cage pernah membintangi banyak filem tetapi pada tahun 2007 baru dia menyertai senarai adiwira sebagai Johnny Blaze dalam filem "Ghost Rider". Pelakon berusia 52 tahun itu kemudian sekali lagi muncul dalam filem sekuel "Ghost Rider: Spirit of Vengeance" pada tahun 2012. Bagaimanapun, pada tahun 2010 Nicholas membintangi filem "Kick-Ass" sebagai Damon Macready atau Big Daddy.

Sumber - cinema online 

0 comment... add one now