10 Negara paling berbahaya di dunia untuk traveller

Seronoknya Travel! kalau boleh nak pusing 1 dunia, semua tempat dan merayap ke semua pelusuk, ” kalau boleh “. Setiap tempat yang kita lawati tidak kiralah dalam ataupun luar negara, semuanya anda keunikan dan tarikan semulajadi yang menarik tersendiri.
Tapi tak semua tempat itu selamat.Mungkin diatas faktor keselamatan dan masalah politik, dibawah ini adalah sebahagian diantara senarai negara negara yang paling berbahaya di dunia untuk pelancong.
10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
1. Somalia
Masalah politik yang tidak stabil, pertempuran diantara puak penentang mengakibatkan terjadinya pengeboman berterusan.Jika untuk percutian, somalia adalah satu tempat yang sangat berbahaya untuk dilawati ketika ini.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
2. Iraq
Seperti yang anda tahu melalui berita semasa, Ini jelas menunjukan Iraq bukanlah 1 destinasi yang baik untuk melancong.Kini Iraq dilebelkan sebagai “Tanah kosong tanpa manusia”. tempat ini penuh dengan kesesakkan dan keganasan.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
3. Niger
Terdedah dengan ancaman penculikan dan keganasan pada kadar yang teramat tinggi.Terutama di bahagian Laut Timur negara ini.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
4. Sudan selatan
Negara yang baru dibentuk ini adalah diantara negara yang mempunyai masalah konflik bersenjata dan keganasan jenayah yang sangat tinggi. Tempat ini bukanlah idea yang menarik untuk disenaraikan destinasi pelancongan anda.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
5. Chad
Negara ini terletak diantara Sudan dan Niger.Peningkatan aktiviti pengganas yang semakin tinggi oleh Boko Haram adalah sebab kenapa kebanyakkan kerajaan tidak membenarkan anda pergi jika tiada urusan mustahak.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
6. Eritrea
Negara bersebelahan Sudan ini, Ketengangan dengan negara negara jiranya melibatkan masalah politik dan keselamatan negara. Eritrea adalah negara yang paling tidak stabil dan merbahaya untuk pelancong kerana peperangan boleh terjadi pada bila bila masa.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
7. Nigeria
Dengan faktor keselamatan yang tidak stabil,masalah keganasan dan kes penculikan adalah perkara biasa.Jika pergi sekadar untuk melancong ia sangat bahaya dan tidak digalakkan.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
8. Guinea
Masalah ketegangan ekonomi, politik dan sosial ditambah pula dengan wabak Ebola, ia menyebabkan punca negara ini menjadi tidak stabil dan peningkatan jenayah.
Perkhidmatan perubatan juga sukar untuk didapati dinegara ini.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
9. Mauritania
Oleh kerana peningkatan mendadak dalam aktiviti pengganas dan ancaman terhadap kepentingan barat, banyak kerajaan telah mengeluarkan amaran perjalanan ke Mauritania.

10 Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong
10. Israel
Rasanya anda sendiri pun sudah tahu tentang negara ini.Cukup sekadar melihat pasport anda dan baca kenyataan kerajaan malaysia “sah untuk semua negara kecuali israel”.
Ini adalah sebahagian sahaja, banyak lagi negara negara yang diketegorikan sebagai negara yang bahaya untuk dilawati sebagai pelancong seperti Afganistan, Colombia, Georgia, Liberia dan lain lain yang terlibat.
Kebanyakanya berpunca dari masalah politik dan campur tangan kuasa barat! semoga negara kita tidak termasuk didalam senarai ” Negara Paling Bahaya Di Dunia Untuk Pelancong ”

0 comment... add one now