10 khasiat air barli mempunyai keistimewaan pada kesihatan badan

khasiat air barli

Barli merupakan satu jenis bijirin yang kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, manganese, selenium, zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain.
Anda boleh dapatkan semua khasiat tersebut dengan memakannya, tetapi apa yang lebih baik adalah anda boleh membuat air barli – dan dapat kelebihannya (tanpa sedikit kurang pun).
Pengamalan minum air barli sekara berkala boleh membantu menyihatkan badan anda, pada masa yang sama menjauhi pelbagai jenis penyakit. Selain minum air barli, anda juga boleh memasukkan beras barli ini ke dalam salad, dan sayur air.
Pada kali ini, anda akan didedahkan 10 khasiat air barli kepada kesihatan dan tubuh badan anda.

10 Khasiat Air Barli

Berikut adalah khasiat-khasiat air barli dari pelbagai sudut kesihatan (dan kulit juga):

1. Merawat UTI

UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan pengamalan air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini.
Berasbarli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.
Beras barli kaya dengan magnesium, yang mana boleh mencegah penghasilan batu karang – selain daripada membantu anda menyahtoksinkan badan.
Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).
Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

3. Merendahkan Tahap Kolestrol

Air barli ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jangtung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadr kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

4. Jantung Yang Lebih Sihat

Selain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak – condisi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.
Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan danlipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan stok.

5. Membantu Sistem Penghadaman

Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.

6. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh memperelok pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.
Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.

7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah

Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan – ini boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat.
Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.
Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.

8. Menyejukkan Tubuh

Air barli adalah satu air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.
Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli – ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.

9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Mengandung

Dengan kebaikannya yang banyak, air barli ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat air barli ini untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.

10. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan

Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium – semua ini memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi, ini mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Kredit - panduansaya 

0 comment... add one now