10 Jenis wanita yang tak layak jadi isteri

isteri
Lelaki ni selalu dikatakan hanya memandang luaran, tapi percayalah lelaki juga mempunyai ‘citarasa’ yang tersendiri. Wah gitchew! Kalau ada wanita macam 10 golongan di bawah ini, cantik macam mana sekalipun lelaki tetap akan menjauhkan diri. Haaa jaga-jaga cik salmah!
  • Perempuan Bodoh
Perkataan ‘bodoh’ itu macam keterlaluan tapi  bukan maksudnya bodoh dari segi pendidikan (JANGAN SALAH FAHAM) sebaliknya sengaja memperbodohkan diri seperti berpakaian pelik atau berperangai yang pelik.
  • Perempuan Gedik
Lelaki memang akan menyampah melayan perempuan yang gedik. Kebiasaannya wanita yang gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka.
  • Perempuan Perasan Cantik
Perempuan yang perasan cantik selalunya suka pakai seksi untuk tayang kecantikkannya. Ataupun perempuan yang suka promo gambar sendiri semata-mata untuk dapat pujian. Lelaki memang akan memuji tapi bukan untuk dibuat isteri.
  • Perempuan Banyak Membebel
Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir “Kalau dah gini ler keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga”.
  • Perempuan Banyak Bekas
Kalau yang jenis ramai bekas pasangannya ni selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan atau erti kata lain playgirl. Jadi, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan curang dengan lelaki lain.
  • Perempuan Yang Kuat Cemburu
Memang la cemburu itu tanda sayang tetapi kalau dah cemburu buta memang dah kes serius. Contohnya bila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh.
  • Perempuan Yang Memang Sudah Terserlah Kejahatannya
Perempuan yang suka merokok, minum arak, tak menjaga batas agama memang bukan pilihan si lelaki lah untuk dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya tapi peneman hidup pasti tidak.
  • Perempuan Yang Tak Tahu Buat Kerja
Memang kes parah kalau perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Takkan lepas kahwin semuanya nak harapkan suami yang buat. Betul tak?
  • Perempuan Selekeh
Lelaki memang tak suka tengok perempuan yang selekeh. Kalau diri sendiri pun tak boleh nak uruskan, macam mana nak urus makan pakai suami dan anak-anak kelak. Lelaki selalunya mencari calon isteri yang pembersih orangnya.
  • Mahal Sangat
Kes mahal sangat ini muncul bila ibu bapa campur tangan dan minta hantaran tinggi. Kalau wanita itu berpendidikan tinggi dan serba boleh pun tak apa, ni kalau SPM pun tak lepas..kerja rumah pun tak tahu buat, memang tak patutlah letak harga yang mahal. Lebih-lebih lagi kalau si lelaki itu bukannya mampu memang tak sesuai la dibuat isteri sebab awal-awal lagi dah nampak betapa demand nya si perempuan itu dan orang tuanya.
Sumber : tokeinfo

0 comment... add one now