10 Jenis makanan baik membantu sistem imun kanak-kanak

10 JENIS MAKANAN TAMBAHAN UNTUK ANAK LEBIH SIHAT


10 Jenis Makanan Tambahan Untuk Anak Lebih Sihat

Anak-Anak Kecil Perlu Diberi Makanan Yang Berkahsiat Dan Seimbang, Makanan Tambahan Juga Sangat Penting Untuk Tumbesaaran  Dan Kesihatan Mereka..
Ini kerana anak-anak ini masih kecil dan sistem imunisasi anak-anak ini masih lemah dan sangat mudah dijangkiti  penyakit seperti batuk dan selsema Dan Lain-lain.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.
Justeru, adalah lebih baik jika kita sebagai ibu bapa berusaha lebih sedikit dengan memberikan anak-anak kita MAKANAN TAMBAHAN yang berkhasiat dan sihat setiap hari agar sistem imun dan kekebalan tubuh mereka dapat diperkuatkan agar tidak mudah dijangkiti penyakit.
Di bawah ini saya kongsikan 10 jenis makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan sistem imun anak-anak Anda

1) MADU & HABBATUSSAUDA’

Kedua-dua makanan tambahan ini sudah diketahui umum tentang KHASIAT & KEBERKESANANNYA dalam meningkatkan serta menguatkan sistem imun tubuh untuk semua peringkat umur.
Anak-anak yang sering demam, batuk berkahak & selsema sangatlah digalakkan untuk mengambil madu & habbatussauda’ setiap hari sebagai rawatan untuk menguatkan paru-paru dan kekebalan tubuh secara keseluruhan.
Cara Pengambilan :
Campurkan 1 sudu kecil madu kedalam segelas air suam & titikkan 2 -3 minyak habbatussauda’ (“food grade”) ke dalam gelas. Kemudian diberi minum kepada anak ATAU minyak habbatussauda’ di titikkan (1-2 titis) ke bahagian bawah lidah anak 2x sehari semasa batuk & selsema.

2) MINYAK KELAPA DARA (Virgin Coconut Oil)

Minyak Kelapa Dara adalah bersifat antimikrob, antioksidan, antikulat, antivirus & antibakteria. Ianya juga mengandungi asid laurik, asid capric & juga asid caprylic yang berfungsi untuk mencegah virus dalam tubuh manusia.
Cara Pengambilan :
Berikan anak 2 sudu besar sehari iaitu sesudu besar pagi (sebelum sarapan) dan sesudu besar malam (sebelum tidur). Untuk anak yang berusia 6 bulan ke bawah, berikan 2 sudu kecil sehari (pagi & malam).
makanan tambahan yang baik untuk kanak-kanak
3) MINYAK ZAITUN (Extra Virgin Olive Oil)

Minyak Zaitun adalah termasuk di antara makanan Sunnah yang amat amat berkhasiat. Di antara khasiat dan nutrisi Minyak Zaitun ialah kaya dengan Vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan Zat Besi.
Di dalam Minyak Zaitun terkandung sejenis bahan antioksidan yang dinamakan POLYPHENOL. Polyphenol ini berfungsi sebagai agen pencegah sel-sel kanser di dalam tubuh manusia. Tahap polyphenol yang tinggi juga mampu menguatkan metabolism badan.
Cara Pengambilan :
Untuk masalah DEMAM & SELSEMA  :  Jika anak demam, lumurkan PEVOO dari ubun-ubun hingga ke tapak kaki terutama di celah celah-celah pelipat. Beri minum 3 – 4 jam sehingga kebah. Jika selsema, buat perkara yang sama dan boleh disapu PEVOO di pelepah/batang hidung anak.
Untuk malah BATUK & ASMA  : Minum  dan sapu/urut pada bahagian dada, belakang badan, ubun-ubun, tapak kaki dan belakang betis. JANGAN LUPA berselawat & membaca doa-doa syifa’ serta memohon dariNya agar anak diberikan kesembuhan segera dari segala penyakit.
PEVOO hanya boleh diberikan kepada bayi yang berusia 5 bulan ke atas iaitu pada kadar 5 ml sehari. Untuk anak yang berusia 1 tahun dan ke atas berikan 1 sudu besar sehari sudah memadai.
TIP TAMBAHAN : Panaskan PEVOO di dalam senduk besi di atas dapur selama 20 – 30 saat kemudian letakkan di dalam mangkuk atau piring kaca. Gunakan sebagai minyak urutan untuk kesan yang lebih cepat dan efektif.

4) PROBIOTIK (Teh Kombucha, Water Keffir, Kimchi, Tempe, Lacto 5)

Dalam usus manusia terdapat dua (2) jenis bakteria iaitu bakteria baik dan juga bakteria jahat. Jika anak terlalu kerap sakit, salah satu sebab dan puncanya adalah kerana ketidakseimbangan bakteria dalam usus anak itu sendiri. Faktor ini disebabkan oleh CARA PEMAKANAN anak terutamanya dan juga KESAN PENGAMBILAN ANTIBIOTIK yang kerap.
Pengambilan Probiotik adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan dan keseimbangan “gut flora” dalam usus (“gastrointestine system”) manusia. Berikan anak anda makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tempe, teh Kombucha, Water Keffir atau suplemen probiotik.

5) PREBIOTIK (Al Manna)

Prebiotik adalah berbeza dari probiotik. Prebiotik adalah MAKANAN KEPADA PROBIOTIK iaitu ianya sumber pemakanan kepada bakteria baik untuk membiak. Dalam erti kata yang lain, ianya adalah makanan atau nutrisi yang diperlukan oleh probiotik untuk berkembang dan berfungsi dengan baik. Antara prebiotik yang boleh diamalkan setiap hari ialah Al Manna atau Gum Arabic.
Cara Pengambilan :
Jika dalam bentuk serbuk, ambil satu sudu kecil dan larutkan dalam segelas air pada waktu malam sebelum tidur. Apabila dicampurkan dengan air, ianya akan bergumpal dan menajdi berketul. Jadi, biarkan ianya semalaman agar ianya dapat larut sempurna dalam air tersebut. Pada sebelah paginya bolehlah diminum seperti biasa. Rasanya agak kelat-kelat sedikit.
Jika ianya dalam bentuk ketulan, hanya rendamkan 2 – 3 ketul sudah memadai.
6) JUS EKSTRAK BUAH ZAITUN (Olivenol Plus)

OLIVENOL™ plus+ adalah makanan tambahan atau supplemen tindakan biophenol dipatenkan yang pertama yang bercirikan anti-radang, antioksida, anti-penuaan, anti-bakteria dan anti kerosakan akibat sinaran UV.
Jus zaitun dahulu dikenali sebagai ‘olive milling water’ adalah perahan air (aqueous fraction) daripada buah zaitun yang terasing daripada minyak, semasa pengeluaran minyak zaitun dara (extra virgin olive oil).
Jus zaitun ini didapati mengandungi 300 kali ganda polyphenol berbanding dengan kandungan daripada minyak kelapa dara yang terbaik.

7) CHIA SEED / BIJI CIA

Chia Seed adalah sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina itu berasal dari Mexico dan Guatemala.
Chia Seed mengandungi kandungan Omega 3 sebanyak 8x lebih tinggi dari ikan Salmon. Disamping itu, setiap 28 gram itu ianya juga mengandungi kandungan Magnesium, Kalsium, Zat Besi, bersifat Antioksidan, Protein dan sumber semualajadi vitamin dan mineral yang berkhasiat.
Cara Pengambilan :
Rendam  1 – 2 sudu kecil Chia Seed dalam segelas air suam semalaman (sebelah malam). Ianya akan menyerap air dan bertukar menjadikan air seperti “jelly”. Boleh disuapkan terus kepada anak atau dicampurkan dalam minuman, jus, oat atau bubur.

8) BAWANG PUTIH

Bawang Putih merupakan antibiotik semulajadi yang sangat bagus untuk membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh serta menyembuhkan penyakit-penyakit seperti jangkitan paru-paru, selsema dan batuk berkahak.
Cara Pengambilan :
Lebihkan Bawang Putih dalam masakan anak seperti sup ayam, singgang ikan, bubur, ayam/daging panggang atau tumisan sayur.

9) SUP TULANG AYAM (Chicken Bone Broth Soup)

Sup Tulang Ayam atau Chicken Bone Broth Soup adalah sangat bagus diamalkan dalam menu harian anak terutamanya di kala anak tidak sihat.
Dalam keadaan tidak sihat, sup tulang ini membantu untuk meningkatkan protein tubuh dan mengelakkan dehidrasi.
Tambahkan bahan-bahan seperti bawang puith, bawang merah, halian, VCO, PEVOO, lobak merah, seleri dan “bay leaves” untuk meningkatkan kadungan antibakteria dan antivirus dalam sup tulang tersebut. Berikan anak untuk dihirup suam-suam atau campurkan dalam bubur nasi atau dalam lain-lain menu masakan yang sesuai.

10) CUKA EPAL (Apple Cider Vinegar)

Cuka Epal juga merupakan makanan tambahan yang bersifat antibakteria antivirus, antiradang, antikulat, antiseptik semulajadi, mengurangkan haba panas dalam badan (jika anak demam) dan melegakan masalah kulit.
Ianya juga membantu melonggarkan kahak dalam paru-paru semasa anak diserang batuk berkahak dan juga menurunkan suhu panas badan jika anak sedang demam.
Cara Pengambilan :
1 sudu kecil ACV dicampur kedalam air masak atau jus dan diberikan kepada anak untuk diminum.
~Semoga bermanfaat dan anak-anak kita kembali sihat dan cergas…insyaallah..
sumber :Harlindahalim.com

0 comment... add one now