10 Jenis durian yang dijual di Malaysia patut anda tahu

Assalamualaikum....
Lani musim durian kan...deret tepi jalan penuh dengan lambakan buah durian...teringin durian musang king...haha...korang tahu durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia. Durian yang juga dikenali dengan nama raja buah merupakan buah yang menjadi pilihan masyarakat tidak mengira waktu. 
Dengan banyaknya  jenis durian yang dijual dipasaran, seringkali banyak  orang awam yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab sehingga mereka perlu membayar dengan harga yang tinggi. 
Untuk kali ini, saya nak kongsi tips dengan anda agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggung jawab dan anda juga boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda, mari kita lihat bersama jenis-jenis durian yang dijual di Malaysia.

1. Mao Shan Wang/ Musang King

Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.

2. Golden Phoenix

Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam

3. XO

Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.

4. D24

Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands

5. D13

Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat

6. D1

Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor

7. D101

Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor

8. Red Prawn

Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor

9. Green Bamboo

Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor

10. Black Pearl

Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor
Jadi, setelah saya kongsikan tips ini, anda boleh tahu cara membezakan jenis-jenis durian.

0 comment... add one now