10 Hotel terbaik di Malaysia yang berstatus bintang

10 Hotel Terbaik di Malaysia 

Empat hotel dimiliki oleh Robert Kuok, anak kelahiran Johor Bahru yang digelar "Raja Gula" Malaysia. Lima hotel lain pula terletak di Langkawi.

1. Casa Del Mar, Pantai Cenang, Langkawi

dinner di casa del mar
Makan malam romantis di Casa Del Mar
Ini mungkin mengejutkan. Tempat pertama di sandang oleh hotel butik kecil dengan hanya 34 bilik — iaitu hotel Casa Del Mar di pesisir Pantai Cenang, Langkawi.
Hotel ala-Sepanyol ini mempunyai ramai pelanggan tetap dari luar negara — bukan kerana biliknya yang hebat atau kemudahannya banyak tetapi kerana ia dikatakan mempunyai layanan terbaik di Malaysia.
Di sini tuala anda akan disejukkan dahulu sebelum diberi apabila anda berehat di luar, buaian hammock disediakan di setiap bilik dan air tembikai sejuk akan dihantar kepada anda sewaktu anda sedang bersantai di tepi pantai.
Jika anda ingin tahu sendiri bagaimana layanan hotel terbaik di Malaysia ini jangan lupa berkunjung ke Casa Del Mar sewaktu ke Pulau Langkawi.
Harga Bilik : dari RM 850

2. The Danna Langkawi, Langkawi

the danna
Anda boleh melihat kapal mewah persendirian sewaktu berendam tub mandi anda
Di tempat ke-dua tidak mengejutkan.
Di sandang oleh The Danna, Langkawi, hotel ini adalah penginapan eksklusif yang membolehkan anda bersarapan pagi sambil melihat bot-bot mewah berlabuh, atau merasa keajaiban berenang di kolam infiniti 3 tingkat yang terbesar di Pulau Langkawi.
Resort 5 tingkat dengan 125 bilik ini memang direka untuk memberikan anda suasana ala British yang cukup eksklusif.
Selain pemandangan Marina Telaga Harbor, anda juga boleh meminta bilik dengan pemandangan gunung, hutan hujan tropika ataupun Pantai Kok yang mengujakan.
Apabila tiba, anda akan dimanjakan dengan urutan bahu dan kepala percuma. Dan untuk mengubat kesedihan anda apabila percutian anda telah berakhir, seorang pelayan akan menghidangkan teh halia dan memberikan anda coklat sebagai hadiah perpisahan.
Harga Bilik : dari RM 1500

3. Four Seasons Langkawi

Four Seasons
Pemandangan laut dari bilik kanak-kanak
Di tempat ke-tiga ialah resort antarabangsa The Four Seasons.
Jika Casa Del Mar terletak di pantai Cenang yang rancak dengan kedai-kedai, Four Seasons pula tersorok di Pantai Tengah yang sunyi dan mempersonakan.
Di hotel mewah ini, tidak ada bilik-bilik standard. Sebaliknya, apa yang menunggu anda adalah pavillion keluarga atau villa persendirian yang luas.
Apabila anda membuka pintu villa, apa yang menunggu anda adalah pantai putih yang luas dan desir ombak dari laut Andaman.
Jika anda suka diurut dan dimanjakan, jangan susah hati. Anda tidak perlu berjalan ke spa kerana spa akan dibawa terus ke penginapan anda. Harga untuk satu sessi urutan ? Dari RM 355 sejam.
Harga Bilik : dari RM 2600

4. The Datai, Langkawi

Kolam renang peribadi di Datai
Kolam renang peribadi di Datai
Tempat ke-empat milik resort The Datai, Langkawi.
Terletak di antara hutan hujan Gunung Mat Chincang dan laut Andaman, ia adalah penginapan mewah pilihan tetamu luar negara yang berpoket tebal.
Setiap villa pantainya (RM 8,000 satu malam) ada kolam renang peribadi, sebuah tub mandi yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 3 orang dewasa dan chef peribadi yang akan bertandang ke villa anda untuk menyediakan makan malam anda.
Bosan di bilik? Jangan gusar. Di sini anda boleh belajar belayar dengan menggunakan perahu layar milik hotel dengan percuma.
Harga Bilik : dari RM 850

5. Shangri-La Ria, Kota Kinabalu, Sabah

Resort Shangri-La ini mempunyai pemandangan gunung Kinabalu
Resort Shangri-La ini mempunyai pemandangan gunung Kinabalu dan pantai yang cukup cantik
Selamat datang ke syurga. Itulah kata-kata aluan di laman web Shangri-La Ria di pesisir Pantai Dalit, Tuaran yang juga pemenang tempat ke-5 di Malaysia ini.
Resort seluas 400 ekar milik Robert Kuok di Borneo ini bukan sahaja mempunyai padang golf tetapi juga hutan simpan dan pusat pemuliharaan orang utan sendiri.
Jika anda sukakan hutan, haiwan dan adventure, resort ini cukup sempurna untuk anda. Di sini anda bukan sahaja boleh menunggang kuda dan mengendalikan kenderaan lasak, tetapi anak anda juga boleh bermesra dengan anak orang utan sewaktu anda memancing di laut dalam.
Apabila senja tiba, anda dan pasangan boleh menjamu selera berdua dengan romantis di gazebo tepi pantai. Layanannya pula istimewa kerana anda akan dilayan oleh pelayan peribadi anda sendiri.
Harga Bilik : dari RM 850

6. Shangri-La, Kuala Lumpur

gym di shangri-la kl
Kemudahan bersenam di Shangri-La
Di tangga ke-6 ialah hotel milik Robert Kuok lagi, iaitu hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Dengan lokasinya di tengah pusat bandar, bilik mewah dengan pemandangan KLCC dan layanan bertaraf antarabangsa, ia menjadi pilihan pertama warga asing ke kota ini.
Seperti hotel terbaik lain, apa yang membezakannya dari hotel 5 bintang lain adalah layanan. Jika sewaktu sarapan pasangan atau anak anda masih tidur, anda diberikan bekas untuk membawa balik makanan ke bilik. Untuk minum kopi, mesin ekspresso disediakan di bilik dan jika anda ingin bersenam, gym yang ada di sini mungkin lebih lengkap dari banyak gym berbayar di Kuala Lumpur.
Disebabkan mereka diulit kemewahan, ramai pelancong asing yang tidur di hotel ini mengaku yang mereka sebenarnya menghabiskan lebih banyak masa di dalam hotel ini berbanding keluar melihat Kuala Lumpur.
Harga Bilik : dari RM 480

7. Shangri-La Rasa Sayang, Penang

Pelayan di atas basikal tua -- klasik, pantas dan berbeza
Pelayan di atas basikal tua — klasik, pantas dan berbeza
Di tempat ke – 7 ialah hotel Shangri-La Penang. Hotel di Batu Feringgi ini tidak mempunyai pantai secantik di Kudat. Namun begitu ia mempunyai peminat tetapnya sendiri kerana layanannya yang istimewa.
Pada setiap hari, hotel ini mempunyai aktiviti untuk tetamu seperti sessi tai chi dan aktiviti di kelab kanak-kanak. Jika anda tidak mahu bertai-chi, anda boleh mengikuti kelas memasak dan anak remaja anda pula boleh berkenalan dengan tetamu lain sewaktu permainan boling kelapa.
Datang ke sini sewaktu bulan madu? Tiada masalah. Jika anda datang berdua dan tidak mahu diganggu dengan tetamu kecil, anda boleh menempah bilik di Rasa Wing. Kawasan ini mempunyai pintu masuk sendiri dan kolam renangnya hanya dibuka untuk tetamu berumur 16 dan ke atas.
Harga Bilik : dari RM 990

8. Tanjung Jara Resort, Terengganu

Malam di Tanjung Jara
Suasana malam di Tanjung Jara
Di tangga ke-8 ialah Resort Tanjung Jara — kawasan percutian yang tersorok dan dibina seperti kawasan istana Melayu lama. Ia adalah satu resort besar yang khas di bina untuk mereka yang benar-benar ingin berehat.
Uniknya, hotel milik kumpulan YTL (syarikat yang menguasai kawasan hartanah di Bukit Bintang dan keretapi laju ETS) ini pernah membuat tawaran “Everybody Loves Rain” pada tahun 2009.
Dalam tawaran ini, bilik di resort ini akan di beri percuma jika hujan di hotel melebihi 3 cm sehari sewaktu akhir tahun, iaitu musim hujan di negara ini.
Harga Bilik : dari RM 700

9. Somerset Ampang, Kuala Lumpur

Selain kolam renang ini Somerset juga mempunyai kolam untuk kanak-kanak
Selain kolam renang ini Somerset juga mempunyai kolam untuk kanak-kanak
Datang ke KL dengan keluarga besar? Apa kata anda cuba hotel ke-9 terbaik di Malaysia, iaitu apartmen Somerset Ampang.
Selain berpeluang mandi di kolam renang infiniti di atas bumbung, keluarga anda juga bakal berehat di dalam penginapan yang lengkap dengan ruang tamu, dapur, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti hinggalah ke mesin basuh dan pengering pakaian anda sendiri — cukup penting jika anda dan keluarga melawat Kuala Lumpur pada musim hujan.
Dengan apartmen yang luas, bilik yang moden dan kedudukannya yang dekat dengan stesen LRT dan pusat membeli belah, the Somerset sememangnya layak dipilih sebagai antara hotel terbaik di negara ini.
Harga Bilik : dari RM 380

10. Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Bilik membaca di Resort Tanjung Rhu
Bilik membaca di Resort Tanjung Rhu. Anda boleh menikmati minum petang ala Inggeris di sini
Pemenang tempat ke-sepuluh kembali ke Langkawi — iaitu Resort Tanjung Rhu.
Di sini anda bukan sahaja boleh bermandi manda di pantai peribadi di Tanjung Rhu (antara 100 pantai yang tercantik di dunia ) tetapi juga boleh memilih untuk berenang di 3 kolam renang berlainan yang ada di dalam hotel.
Di pantai, anda bakal terasa seolah-olah berada di pantai peribadi sendiri kerana anda jarang-jarang berjumpa dengan tetamu lain. Di bilik pula, anda akan terasa dimanjakan kerana semua kemudahan benar-benar mewah. Contohnya, langsir dan lapik tempat duduk anda dibuat dari sutera Thai dan kain kapas India manakala bilik air anda pula besarnya seluas bilik tidur.
Ingin melihat matahari terbenam? Tidak perlu pergi jauh kerana anda boleh duduk saja di balkoni anda sambil menikmati kopi yang dibancuh dengan mesin ekspresso peribadi dari bilik anda.
Harga Bilik : dari RM 1300

0 comment... add one now